Bertempat : Hotel Concorde Shah Alam
Tarikh: 12 hb. Januari 2008
Dari kiri: Shamsiah, Aniza, Rafidah, Siti Zawiyah, Norsiah, Rozita, Zarina
Kenangan...
Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.
Pertemuan 2008
Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .
Group XAJ87 Northern Region
Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...
Reunion XAJ87 UTM 2009
Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.
>Reunion XAJ87 UTM 2009
Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.
2/21/08
AJ87 UTM - Ladies Gathering
3rd Gathering Central Region
Assalamualaikum w.b.t.
Selepas 3rd Gathering Central Region, kami telah membentuk Badan Bertindak untuk Central Region bagi menjayakan Big Reunion kita. Selain dari itu, ada beberapa usul yang diharapkan badan bertindak Northern Region dapat berkongsi pandangan.
- Badan Bertindak
Central Region
Pengerusi Norjoshukrudin (Norjo)
Presiden Shamsul (Dol)
Tim Presiden Siti Zawiyah (CT Zack)
Setiausaha Aznor Shahril (Anor)
Bendahari Rafidah (Fid)
Pengerusi Haszani (Pie)
Presiden Abdullah (Dolah)
Tim Presiden Zulkefli (Zack Kapcai)
Setiausaha Sa`aidin
Bendahari Muztalmi Lazim
Diharapkan masing-masing dapat berkomunikasi seiring dengan jawatan yang diamanahkan oleh rakan-rakan yang lain.
- Tabung AJ87
Central Region telah bersetuju untuk membentuk tabung AJ87 Central Region dan bayarannya adalah seperti berikut:
Yuran Pendaftaran : RM50 dibayar sekali sahaja.
Yuran Tahunan/Bulanan : RM 180/setahun atau RM15/sebulan.
Bayaran akan dibuat kepada Bendahari dan ianya akan dimulakan pada 1hb March 2008.
- Tarikh dan tempat yang dicadangkan untuk Big Reunion AJ87 :
Central Region
Tarikh 26/12 ~
Tempat 1.
Konsep Family Day
Northern Region
Tarikh 29/11 ~
Tempat 1. Teluk Batik, Lumut
Konsep Family Day
Saya harap kita dapat berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat agar reunion kali ini dapat dijayakan dengan sepenuhnya. Setip region diharapkan dapat mencapai kata putus agar segalan perancangan yang direncanakan akan memberikan kebaikan bersama. So, far kita masih lagi menanti Southern and Eastern Region punya badan bertindak.
Wassalam
Shamsul Maarof
2/18/08
Sajak Untuk Rakan Rakan
Sajak-sajak ini dikirimkan oleh Saudari Shamsiah Kalil (19/2/2008)
Sajak 1
Andai
Andai masa bisa ku undur
Akan ku susun hidupku, mengikut acuan Mu
Akan ku atur masaku, mengikut pesanan Lukman
Akan ku letak kepentingan Islam di baris hadapan
Andai masa mampu ku putar
Ingin rasanya pergi kealam kanak-kanak
Yang tidak banyak mengukir dosa
Yang membesar dengan tunjuk ajar ibubapa
Andai masa mampu ku pusing
Ingin saja aku kealam remaja
Belajar dan berjuang tanpa gentar
Berjuang bersama darah muda dan semangat waja
Andai masa mampu ku undur
Akan aku ambil segala peluang yang diberi
Akan ku kutip segala anugerah yang telah Kau kurniakan
Akan ku ukir sebanyak mungkin permata dan mutiara
Tapi aku hanya manusia biasa
Masa yang pergi tak akan kembali
Peluang yang datang hanya sekali
Aku cuma bisa memastikan agar jalan seterusnya mengikut laluan RasulMu.
Aku cuma bisa berdoa agar dihujung jalan, aku masih lagi mengikut RasulMu.
Agar matiku bersama kalimahMu
Hafiq Sham
Feb 2008
Sajak 2
PERJALANAN YANG SEBENTAR
Di bawah kubah bergerak aku sujud bersyukur pada Mu
Kini aku sampai ke masjid mu wahai kekasih Allah
Di bawah kubah hijau tersergam, ku ucapkan salam padamu junjungan besar
Salam saudara dan rakan jua disampaikan
Ya Rasulullah, terima kasih atas perjuangan mu menyampaikan Islam
Peninggalan berharga ini menjadikan aku mampu menikmati kemanisan iman dan Islam
40 waktu berlalu begitu pantas sekali
Di makam para sahabat ku bisikan, andainya lawatan ku adalah yang terakhir,
kita akan berjumpa di negara abadi walaupun perjuangan ku tak sehebat kalian
Tuhan, sebentar lagi aku akan menjejakkan kaki ke rumah Mu
Terima kasih Tuhan kerna menjemputku sebagai tetamu Mu
Aku antara lautan manusia pilihanMu, air mata gugur lagi tanda kesyukuran
Tahmid dan tasbih bergema disegenap ruang rumahMu
Tuhanku, aku datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
Air mata gugur lagi mengenepikan rasa ego dan angkuh selama ini
Nikmat bermunajat kepadaMu tiada tandingannya
Tahajud, hajat, taubat dan syukur menjadi rutin harian
Kini aku akan menuju ke Arafah, ampunilah dosa-dosa ku, ibubapaku dan muslimin
Lautan manusia berkumpul memohon keampunan, itulah gambaran mahsyar
Tuhanku, terimalah taubat hamba Mu, ampunilah dosa-dosa ku
Tawaf dan saie pelengkap ibadah
Berhenti penat menghirup air penawar segala penyakit, dingin dan manis
Setiap ruang masa di isi dengan tasbih, tahmid, tawaf sunat dan alunan ayat Mu
Menyedari kealpaan diri menjadikan air mata terlalu murah mencurah-curah
Masa meninggalkan rumahMu hampir tiba, tawaf wida’ penutup segalanya
Tuhanku janganlah engkau jadikan tawaf dan ziarah ini yang terakhir bagiku
Jika yang terakhir, aku pohonkan syurgaMu sebagai gantinya
Tuhanku kini tiba masanya berangkat pulang menemui keluarga
Bukan aku jemu apa lagi merasa puas di rumahMu, tapi tugasan lain sedang menunggu
Tuhanku moga ada lagi peluang untuk aku kembali mengunjungi rumahMu
40 hari berlalu, aku
AKU AKAN MENGUNJUNGI RUMAHMU LAGI……………….
Shamsiah, 2003
Sajak 3
Wasiat
Wasiat peninggalan wajib ditunaikan
Apabila meninggal seseorang, wasiatnya perlu diikuti
Harta perlu diagih, pesanan perlu ditunaikan
Tanah bendang, rumah dan wang ringgit perlukan pewaris
Wasiat mampu memecah belah saudara
Namun kawan, Adakah kau tahu
Kita pewaris Adam
Kita ummat Muhammad
Kita penyambung amanat
Dan kita jualah pencorak zaman
Telah lama Muhammad berwasiat,
‘Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat untuk selama-lamanya. Itulah al-Quran dan sunnahku’
Kawan,
Sejauh mana wasiat Muhammad ditunaikan
Sejauh mana wasiat Muhammad diikuti
Sejauh mana wasiat Muhammad dijadikan pegangan hidup
Kawan
Dunia telah lama bergolak
Kemanusiaan telah lama dilupai
Keadilan telah lama menyepi
Namun yang terus bermaharajalela adalah nafsu
Kawan
Marilah kita semak diri, insafi diri
Agar pewaris wasiat Muhammad tahu apakah wasiat yang perlu diikuti
Nukilan rasa,
Hafiq Sham
2007
Sajak 4
Kekasih
Malu rasanya meluahkan rasa
Rasa cinta yang mula berbunga
Dunia ini kurasa indah
Semua tingkahmu indah belaka
Namun ku sedar
Antara kita punya jurang
Umpama pipit dengan enggang
Umpama langit dengan bumi
Namun begitu aku tahu
Cintamu padaku tidak diragu
Cintamu padaku tiada tandingan
Kau pertaruhkan dirimu hadapi rintangan
Malu rasanya melafazkan cinta
Sedang buktinya sekelumit cuma
Sedang dirimu rela berkorban
Harta, masa dan jua nyawa
Kini aku mesti melafaznya
Kini aku mesti mengikutinya
Agar hidup ku punya hala
Agar hidup lebih bermakna
Agar aku bisa berjumpa
Kekasih dirindui ya Rasulullah
Nukilan rasa,
Hafiq Sham
2003
2/13/08
Rokok punca mati muda
Rokok punca mati muda
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit kronik menjelang 2015
PENYAKIT yang ‘menyerang’ manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.
Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai ‘kronik’ berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain.
Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai ‘penyakit kronik tidak berjangkit’ (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.
Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.
“Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria,” katanya.
Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.
“Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015,” katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.
“Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal,” katanya.
Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.
“Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007.
“Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.
“Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.
“Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok,” katanya.
Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.
“Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok,” katanya.
Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.
Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.
2/11/08
AJ87 : Hala tuju AJ87 untuk 10 tahun yang mendatang
Daripada: Shamsul Maarof
Assalamualaikum w.b.t.
Bab duit gathering tu bukannya suatu issue untuk diperpanjangkan.
Kalau nak bayar balik pun kira alhamdulillah le.... yang penting sekali kita
bole duduk semeja untuk berbincang.
Nampaknya semakin hari perbincangan kita di dalam email ni semakin
berisi dan ada matlamat. Bukan hanya sekadar berborak kosong je...
namun apa yang aku lihat hanya sebilangan kecil je yang cuba berkongsi
pendapat ataupun pandangan. Mungkin yang lain mengambil sikap tunggu dan
lihat. Bagi aku, kita jangan hanya memandang kepentingan kita sahaja
tetapi yang paling penting adalah kepentingan dan kesahjeteraan
generasi mendatang (anak cucu cicit kita le...).
Ini adalah pandangan aku :
1. Yang pertama, kita mesti ada matlamat atau tujuan atau vision. Apa
yang kita nak sebenarnya dari gathering kita. Pilihan tujuan kita :
a) hanya untuk berkumpul, mengenang kembali kenangan silam, bercerita
pasal anak-anak, suami, isteri-isteri, kalau ini tujuan kita, aku rasa
kita tak perlu buat gathering yang agak besar. Cukup untuk ajak
regu-regu yang lama untuk lepak kat kedai mamak sambil main dam haji
atau
b) hanya datang untuk mencukupkan korum, datang sejenak untuk
melihat wajah-wajah rakan yang lama yang dah beruban, botak licin, gendut
dan sebagainya. Rasanya tak perlu le kita menghadirkan diri disetiap
gathering cukup le sekali je join
atau
c) ingin berkumpul bersama untuk berpadu tenaga, akal fikiran,
pendapat dan juga keupayaan yang bermatlamat untuk mencapai kejayaan dan
kesenangan dihari tua kita dan juga untuk generasi mendatang.
Andainya c) pilihan tujuan kita maka ada matlamat le dari setiap
pertemuan kita dan ada sebab juga untuk aku teruskan pendapat aku.
2.Sekiranya kita ingin mencapai tujuan c) kita maka banyak benda yang
kita boleh lakukan namun ianya tetap bergantung kepada komitment kita.
Setelah jelas dan kita kenal pasti vision kita maka baru le kita bole
tetapkan mission dan sasaran kita. Pilihan kita :
a) membentuk syarikat perniagaan yang baru. Idea yang bagus tapi
kurang praktikal. Jika kesemua kita join dalam satu syarikat , jadi ramai le
yang akan jadi md, director company.... kemungkinan ujudnya personal
interest agak tinggi
atau
b) membentuk perniagaan dua hala. Hanya terbuka kepada mereka yang
telah memiliki jaringan perniagaan. Kepada yang kosong hanya akan lopong
nganga
atau
c) membentuk suatu pertubuhan yang bertujuan untuk membantu dan
mempertingkatkan sosio-ekonomi ahli-ahli yang berdaftar di dalamnya.
Jika ini pilihannya, maka hampir kesemua AJ87 yang berdaftar menjadi
ahlinya akan dapat manafaatnya.
3. Andainya c) pilihan kita maka pendapat aku yang seterusnya.
Sebenarnya berbagai pertubuhan yang boleh kita pilih dan daftarkan.
Pilihan kita :
a) Parti politik. Kita boleh mendaftarkan sebuah parti politik yang baru
(penangan bahang pilihanraya). Tapi, aku rasa ini bukanlah pilihan yang
tepat sebab kita akan kalah dengan kehilangan duit pertaruhan sekali
atau
b) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Sebuah pertubuhan yang lebih
memperjuangkan issues semasa dan ianya lebih berpihak kepada
kepentingan sesuatu badan
atau
c) Ahli Pertubuhan Peladangan. Kena join Lembaga Peladangan dan
operasi kita akan lebih tertumpu pada pertanian. Walau bagaimana pun kita
masih lagi boleh mendaftar sebagai kontraktor di PKK (Pusat Khidmat
Kontraktor)
atau
d) Pertubuhan Koperasi. Ianya merupakan sebuah pertubuhan
sosio-ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Ianya dianggotai,
dimodali dan ditadbirkan oleh sekumpulan manusia yang berasaskan
semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi
anggota-anggotanya.
Disinilah berakhirnya pilihan kita. Andainya pilihan kita adalah d) maka
kita tiada pilihan lain selain dari meneruskan pembentukan sebuah
koperasi. Bagi aku, pilihan aku adalah pembentukan sebuah koperasi.
Jika kita lihat disekeliling kita, banyak koperasi telah ditubuhkan seperti
Koperasi UKM (UNIKEB), Koperasi Telekom, Koperasi Bank Pertanian.
Semua koperasi ini bergerak untuk kepentingan ekonomi ahli-ahlinya dengan
keuntungan sama rata. Secara amnya, kita boleh berdaftar di bawah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah koperasi am.
Walaubagaimana pun, untuk membentuknya kita perlu ada minimum 100 orang ahli.
Seterusnya, bagi menjanakan pendapatan Koperasi tersebut kita
boleh membentuk perniagaan yang diuruskan oleh Koperasi tersebut. Kita boleh
berurusan dengan gomen setelah kita berdaftar dengan MOF untuk
bidang pembekalan atau perkhidmatan. Seterusnya berdaftar dengan PKK untuk
bidak kontraktor atau kejuruteraan dan kita juga mampu untuk menjadi
sebuah syarikat yang berdaftar ngan CIDB. Tapi, ada sikit masalah untuk
orang-orang seperti aku yang dah ada syarikat yang telah mendaftar ngan
MOF. Tapi, tak pe kita tengok dulu bidang perniagaan yang hendak
didaftarkan. Sebenarnya, apa yang tengah kita usahakan ini merupakan
langkah pertama di dalam pembentukan Koperasi. (Maklumat lanjut boleh
lawati : www.skm.gov.my)
Bayangkan le kita memiliki 100 orang ahli dengan setiap orang
mencarumkan RM1,000 bagi permulaan modal koperasi kita maka diperingkat
awal pembentukan koperasi kita, kita telah miliki modal terkumpul
sebanyak RM100,000 yang berdaftar di atas nama koperasi. Dan seterusnya,
dengan hanya mencarum RM50 sebulan maka kita akan dapat collection
sebanyak RM5,000 sebulan dan bermakna RM60,000 setahun. Sekiranya kita
takut kerugian di dalam bidang perniagaan yang diceburi, maka kita
laburkan duit kita di dalam unit trust yang tidak berisiko tinggi yang
mana hanya menjanjikan keuntungan 12% setahun. Dengan ini, kita dapat
menambahkan pendapatan koperasi kita sebanyak RM12,000 setahun (hanya
untuk modal terkumpul sahaja tanpa mengira bayaran caruman bulanan).
Sekiranya koperasi kita telah berusia 3 tahun, tanpa melakukan apa-apa,
maka modal yang kita miliki adalah sebanyak RM316,000 dengan hanya
melabur di dalam unit trust yang hanya dianggarkan memberikan keuntung
12% dan mencarum sebanyak RM50 sebulan. Kalau ikutkan banyak benda yang
kita boleh lakukan untuk menjanakan pendapatan koperasi dengan modal
yang sebanyak itu.
Selepas tu baru lah kita jayakan skim pinjaman perniagaan, pelajaran,
bantuan kemanusian dan lain-lainnya untuk kepentingan ahli-ahli dan juga
keharmonian Sejagat.
Sorry le email ni panjang sangat, tapi itulah pandangan aku.... perlukan
pendapat korang semua kerana untuk menjayakan idea ini mesti ada
sokongan dari semua rakan-rakan
Wassalam
2/5/08
Sunnah-sunnah Rasulullah
Apakah sunnah - sunnah Rasulullah S.A.W yang sepatutnya kita hayati di dalam kehidupan harian?
Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yang tinggi akhlaknya, sebagaimana firman Allah S.W.T yang maksudNya : " Sesunggunhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia." (surah Al-Qalam:4)
Mafhum Allah S.W.T yang lain bermaksud:"Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan (ikutan) yang baik...." (surah Al-Ahzab:21)
Amalan-amalan yang elok dan baik sebenarnya banyak. Antaranya:
Amanah(kini amalan rasuah kian meningkat),
Jujur (ramai yang tidak jujur dalam segala bidang...),
Suka bermanis muka dan senyum(cuba lihat disekeliling kita ada yang suka bermasam muka dan tidak suka memberi senyuman atau memberi ucapan terima kasih),
Memberi salam dan menjawab salam(ni lagi kurang kita kecapi ketika ini...susah sangat ke nak beri salam),
rajin, pembersih, suka bersugi,
berqiamullail (solat malam) (makin kurang yang sanggup bersengkang mata untuk bersolat malam tapi tengok bola awal pagi boleh...).
Suka menjalinkan silaturahim, lebih-lebih lagi pada saudara yang dekat.(ini yang sedang kita cadangkan penubuhan AJ87 ..)
Suka membantu mereka yang lemah.
Mengasihi anak-anak yatim, budak budak kecil.
Suka bersedekah serta berlemah lembut dengan isteri.
Meyayangi haiwan.Dan sebagainya....
Sebagai umat yang sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. bolehlah diikuti sunnah yang baik daripada baginda. Laksanakannya dalam kehidupan seharian mengikut kemampuan kita. Pada waktu dan zaman kini kita boleh lihat dengan mata kita sendiri, cukup banyak kepincangan akhlak sedang berlaku di dalam masyarakat.
Ayuh rakan rakan marilah kita semua dapat ikuti contoh perilaku Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita semua akan diberkati oleh Allah di dunia dan di Akhirat.