Kenangan...

Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.

Read more...

Pertemuan 2008

Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .

Read more...

Group XAJ87 Northern Region

Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...

Read more...

Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

>Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

9/22/07

Pemergian Nurin ditangisi.....






Pilu, marah dan geram mengiringi pemergian Nurin Jazlin, yang mayatnya dituntut keluarga selepas mereka menerima hakikat sekujur tubuh budak perempuan yang ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya Isnin lalu, adalah anak mereka.

Suasana pilu dan syahdu yang menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam(21hb September 2007) apabila bapanya, Jazimin Abd Jalil, 33, akhirnya mengalah kepada suratan takdir bahawa itulah 'Kak Ngah'@ Nurin Jazlin, anak kesayangan yang kepulangannya dinanti-nantikan mereka sekeluarga sejak sebulan lalu.

Rasa marah dan geram turut terdetik di hati setiap orang yang mengikuti kes ini kerana perbuatan manusia berhati binatang terhadap kanak-kanak tidak berdosa itu.

Bagi ibunya Puan Norazian Bistaman, 35, tiada perkataan yang mampu diucapkan selain kucupan kerinduan dan linangan air mata ketika melihat jenazah anak keduanya dikafankan, didukung dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat.

Sebelum itu, Jazimin yang sebelum ini berkeras mayat yang ditemui itu bukan anaknya terbuka hati dan menuntut jenazah Nurin Jazlin di bilik mayat HKL, diiringi tangisan ahli keluarga, kakitangan hospital dan orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan.

Jenazah Allahyarham, siap dimandi dan dikafan kemudian dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL ke Madrasah Assa'Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, di mana semua ahli keluarga lain menunggu kepulangan puteri mereka yang tidak lagi bernyawa.



Norazian yang tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak, terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk mendekati jenazah anaknya dan terus mengucup dahinya buat kali terakhir.

Perasaan sedih turut menyelubungi kira-kira 500 orang yang sejak awal membanjiri kawasan madrasah itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Nurin Jazlin sebelum jenazahnya disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, diiringi ratusan kenalan, keluarga dan orang ramai yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu.




Jazimin yang ditemui sejurus selepas pengebumian selesai berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah yang menguji keluarganya dengan ujian berat pada bulan Ramadan ini.

"Apabila melihat jenazahnya selepas dimandi dan dikafankan, saya sedar itu anak saya. Ada banyak perbezaan berbanding sebelum ini (kelmarin) ketika saya dipanggil membuat pengecaman oleh polis. Saya terima hakikat pemergiannya walaupun hati saya hiba dan sedih. Tuhan lebih sayangkannya," katanya.

Penerimaan Jazimin dan keluarga ke atas keputusan DNA mengenai siapa kanak-kanak yang ditemui bogel, kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun serta kakinya dilipat sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg itu, juga mengakhiri pencarian Nurin Nazrin, yang hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada 20 Ogos lalu.

Bapa saudara Nurin Jazlin, Johari Abd Jalil, berkata Jazimin akur dengan keputusan ujian DNA selepas berbincang dengan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, malam kelmarin.

"Wajah Nurin Jazlin mula terserlah selepas dimandi dan dikafankan menyebabkan semua ahli keluarga menerima kenyataan bahawa kanak-kanak itu adalah Nurin. Kami hanya dapat menitiskan air mata untuknya.

Walaupun terdapat banyak kesan lebam di muka dan badan akibat diseksa tetapi wajahnya sangat tenang," katanya.

Datuknya, Abdul Jalil Yahya, 74, pula berkata, beliau yang rapat dengan Nurin Jazlin pasti mayat berkenaan adalah cucunya.

"Walaupun tadi (semalam) adalah kali pertama saya melihat mayat itu, saya yakin dia adalah Nurin berdasarkan bentuk dan iras wajahnya. Saya sangat sedih melihat kecederaan pada muka Nurin. Saya melihat jenazah Nurin sekejap saja kerana tidak sampai hati melihat keadaannya," katanya.

Sama-sama kita bacakan Al-Fatihah bagi dirinya, semoga rohnya di cucuri rahmat dan penjenayah kejam tertangkap dan dihukum.

Leia Mais…
9/20/07

Khabar gembira bagi yang berpuasa

Oleh: ABD. AL-RAZZAQ A. MUTHALIB AHMADA

Firman Allah: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui. (al-Baqarah:184).

Sesungguhnya ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ia merupakan satu peluang yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di negeri akhirat.

Sepatutnya, seorang hamba yang tulus imannya dan setia ketaatannya tidak perlu lagi bertanya apakah hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah ini. Namun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah lekang daripada memberi galakan dan motivasi untuk umatnya supaya membuktikan keimanan ini dengan menjalankan perintah Allah s.w.t. dengan penuh sempurna dan mengharapkan balasan yang dijanjikan.

Justeru, Baginda memberi khabar gembira untuk mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang yang berpuasa dengan perkhabaran ini:

* Puasa sebagai perisai.

Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w menganjurkan kepada mereka yang amat berkeinginan berkahwin, tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi saw yang bermaksud: Wahai para pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya. (riwayat al-Bukhari & Muslim).

Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat dan perzinaan yang diharamkan. Ibadat puasa adalah latihan rohani bagi mengekang pengaruh syaitan dan nafsu syahwat yang sering mengajak ke arah dosa dan maksiat.

Ibn Hajar al-Asqalani ketika mengulas hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata: “Pada prinsipnya, apa yang dituntut daripada amalan puasa itu adalah memecahkan syahwat.”

Dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa puasa ini menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan. (riwayat Al-Bukhari & Muslim).

* Puasa dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga.

Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan seseorang itu daripada api neraka, maka ianya akan mendekatnya pula dengan syurga. Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya?” Nabi saw menjawab: Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya. (riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim, dan sanadnya adalah sahih)

* Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.

* Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.

* Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

Ketiga-tiga kelebihan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Allah s.w.t telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (riwayat al-Bukhari & Muslim).

Di dalam hadis qudsi ini, Allah menyatakan bahawa puasa mempunyai ganjaran yang sangat berganda banyaknya berbanding dengan amalan-amalan lain. Jika amalan yang lain dijanjikan ganjaran pahala sehingga tujuh ratus pahala dan lebih, tetapi bagi puasa ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak dinyatakan kadar pahalanya. Maka Allah s.w.t. akan menambahkan pahala mengikut kehendak-Nya sehingga mungkin tidak dapat dihitung oleh manusia.

Bagi orang yang berpuasa juga akan menikmati dan mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari suntuk seseorang itu menahan diri dari lapar dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari. Dia dapat menikmati segala juadah bagi menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah kegembiraan di dunia.

Ada pun kegembiraan yang lebih besar dan utama adalah tatkala dia bertemu dengan Tuhannya di akhirat kelak. Detik itu, dia akan dapat melihat dan mengecapi segala ganjaran besar yang telah disediakan untuknya sebagai balasan kepada ketaatan yang telah ditunjukkan.

Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat. Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan yang telah dijanjikan.

* Al-Rayyan untuk orang yang berpuasa

Al-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (riwayat al-Bukhari & Muslim).

Justeru, marilah bersama-sama kita pertingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini benar-benar dapat dicapai dan dihayati.

Janganlah sesekali kita alpa dan lalai untuk bergantung harap kepada reda dan ganjaran istimewa yang dijanjikan untuk mereka yang berpuasa. Wahai orang yang berpuasa, bergembiralah dengan khabar gembira ini.

Leia Mais…
9/18/07

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail As dengan bentuk yang cantik, Dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu di antara
Timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
Daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri berserta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah Dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam Dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari Solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas PerintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail As dengan mengembangkan sayapnya Dan Terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih, lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
Sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh

Dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
Imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di
Dalam Semua Hari.

Semoga Kita mendapat berkat daripada Ilmu ini.

Wallahualam

Leia Mais…
9/15/07

Selamat Berpuasa

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan.

(Gunakan ruangan comment di bawah untuk Sampaikan Salam Ramadhan kepada rakan-rakan)





Leia Mais…

Gambar Kenangan Ketika di UTM (1987~..)



Gambar Kenangan Bersama Rakan-Rakan AJ87

Barisan Depan dari Kiri :X, Anida Buang, Salina, Hisham Moh(Layot), Rahman(Man Kati), Rozman, Subki, Norfatha, Rozita Ramli, Zuraini, Zarina

Barisan kedua dari Kiri: Ropi, Adzhar(Jubal), Hairozie, Hamidon, Norazman Soud, Zaini, Zainal, Kamarudin Abu Bakar, Rahman(Man Boroi), Adnan(Koyan), Arif Milon, Abdullah, Allahyarham Kamaruddin Ajib, Haris, Fauzi Fudzin, Mohd Al Badawi, Sahruddin (Sawai)

Barisan Ketiga dari kiri: Razali Rosmin, Ropa, Wan Mohammad, Albari, Sa’idin, Ramli, Agus, Salfian, Norazman, Ridzwan, Sait, Nazaruddin,Azian, Zohaireen,

Barisan terakhir: Nana Khalil, Jamallulai.

Leia Mais…