1/28/08

Perjumpaan ke 2 Reunion AJ87 - Central Region




Assalamualaikum
Terlebih dahulu syukur dan tahniah kepada rakan-rakan yang dapat hadir menjayakan Majlis Perjumpaan AJ87 Central Region pada hari Sabtu yang lalu.
Walaupun berbagai macam halangan tetapi kesungguhan daripada rakan rakan yang hadir amat membanggakan.
Selain itu saya bagi pihak pengerusi sementara, ingin memohon maaf sekiranya tempat perjumpaan kita baru-baru ini kurang memuaskan.

Berbanding perjumpaan kali pertama central region, saya dapati perjumpaan kedua amat membanggakan dengan kehadiran lebih 16 orang ex AJ87 bersama dengan keluarga masing-masing.

Perbincangan yang dijalankan adalah secara informal disamping bertukar-tukar kisah masing masing.(Sebab ada yang dah lama tak berjumpa....)



Perkara: Mesyuarat Kedua Reunion 2008 AJ87 Central Region
Tarikh: 26hb Januari 2008
Tempat: Dataran Putrajaya
Masa : 3.00 p.m ~6.30p.m (~ ada yang sampai 8.00pm)
Kehadiran: 1) Shamsul Maarof - Dol ,2) Aznor Shahril, 3) Norjoshukrudin , 4) Khairulmuzammil - Mat Pet
5) Salfian -bersama family 6) Mohd Nor Izam - bersama family , 7) Badrul Aidi ,
8) Rafidah Ahmad bersama anak sulungnya 9) Rozita bersama anak2nya , 10) Hairozie ,
11) Norazman Soud 12) Ahmad Nizam bersama family , 13) Mohd Yadi
14) Abu Hasan bersama family 15)Mohd Ramli Taib 16) Manan


Agenda:

1.Mencadangkan perjumpaan seterusnya - (high tea) - (Lebih selesa...)
Dipersetujui suara ramai yang hadir untuk mengadakanya pada 16 Feb. 2008 seterus melantik Ahli Jawatankuasa Kerja untuk Big Reunion. Perjumpaan akan dibuat secara informal.
Cadangan tempat (bergantung kepada harga...):
a. Marriot IOI Putrajaya
b. Concorde Shah Alam
c. Equatorial Bangi
d. Residence Hotel Uniten
e. Etc
Masa : 3.00pm ~ 5.00pm
Mengharapkan penyertaan lebih ramai dan dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan suasana tak kira utara ..selatan..atau mana mana sekalipun.
*** Maklumat terkini akan kami emailkan dan paparkan ke laman blog.
2. Meminta kerjasama daripada rakan-rakan supaya menggunakan email personnel ( yahoo, gmail, hotmail, etc. selain dari email office) supaya tidak mengganggu urusan pekerjaan.
3. Mencadangkan rakan-rakan menyertai yahoogroups supaya segala email dapat disebarkan oleh Moderator ke email masing-masing (so tak payah email list yang banyak). Bagi yang belum menyertainya boleh mendaftar yahoogroup AJ87 di blog : www.groupaj87utm.blogspot.com


Mesyuarat ditangguhkan dan seterusnya sesi bergambar dan berbual-bual kisah dulu & kini.

Terima kasih.

0 comments: