2/11/08

AJ87 : Hala tuju AJ87 untuk 10 tahun yang mendatang

Daripada: Shamsul Maarof


Assalamualaikum w.b.t.

Bab duit gathering tu bukannya suatu issue untuk diperpanjangkan.
Kalau nak bayar balik pun kira alhamdulillah le.... yang penting sekali kita
bole duduk semeja untuk berbincang.

Nampaknya semakin hari perbincangan kita di dalam email ni semakin
berisi dan ada matlamat. Bukan hanya sekadar berborak kosong je...
namun apa yang aku lihat hanya sebilangan kecil je yang cuba berkongsi
pendapat ataupun pandangan. Mungkin yang lain mengambil sikap tunggu dan
lihat. Bagi aku, kita jangan hanya memandang kepentingan kita sahaja
tetapi yang paling penting adalah kepentingan dan kesahjeteraan
generasi mendatang (anak cucu cicit kita le...).

Ini adalah pandangan aku :

1. Yang pertama, kita mesti ada matlamat atau tujuan atau vision. Apa
yang kita nak sebenarnya dari gathering kita. Pilihan tujuan kita :

a) hanya untuk berkumpul, mengenang kembali kenangan silam, bercerita
pasal anak-anak, suami, isteri-isteri, kalau ini tujuan kita, aku rasa
kita tak perlu buat gathering yang agak besar. Cukup untuk ajak
regu-regu yang lama untuk lepak kat kedai mamak sambil main dam haji
atau

b) hanya datang untuk mencukupkan korum, datang sejenak untuk
melihat wajah-wajah rakan yang lama yang dah beruban, botak licin, gendut
dan sebagainya. Rasanya tak perlu le kita menghadirkan diri disetiap
gathering cukup le sekali je join

atau

c) ingin berkumpul bersama untuk berpadu tenaga, akal fikiran,
pendapat dan juga keupayaan yang bermatlamat untuk mencapai kejayaan dan
kesenangan dihari tua kita dan juga untuk generasi mendatang.

Andainya c) pilihan tujuan kita maka ada matlamat le dari setiap
pertemuan kita dan ada sebab juga untuk aku teruskan pendapat aku.

2.Sekiranya kita ingin mencapai tujuan c) kita maka banyak benda yang
kita boleh lakukan namun ianya tetap bergantung kepada komitment kita.
Setelah jelas dan kita kenal pasti vision kita maka baru le kita bole
tetapkan mission dan sasaran kita. Pilihan kita :

a) membentuk syarikat perniagaan yang baru. Idea yang bagus tapi
kurang praktikal. Jika kesemua kita join dalam satu syarikat , jadi ramai le
yang akan jadi md, director company.... kemungkinan ujudnya personal
interest agak tinggi

atau

b) membentuk perniagaan dua hala. Hanya terbuka kepada mereka yang
telah memiliki jaringan perniagaan. Kepada yang kosong hanya akan lopong
nganga

atau

c) membentuk suatu pertubuhan yang bertujuan untuk membantu dan
mempertingkatkan sosio-ekonomi ahli-ahli yang berdaftar di dalamnya.
Jika ini pilihannya, maka hampir kesemua AJ87 yang berdaftar menjadi
ahlinya akan dapat manafaatnya.

3. Andainya c) pilihan kita maka pendapat aku yang seterusnya.
Sebenarnya berbagai pertubuhan yang boleh kita pilih dan daftarkan.
Pilihan kita :

a) Parti politik. Kita boleh mendaftarkan sebuah parti politik yang baru
(penangan bahang pilihanraya). Tapi, aku rasa ini bukanlah pilihan yang
tepat sebab kita akan kalah dengan kehilangan duit pertaruhan sekali

atau

b) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Sebuah pertubuhan yang lebih
memperjuangkan issues semasa dan ianya lebih berpihak kepada
kepentingan sesuatu badan

atau

c) Ahli Pertubuhan Peladangan. Kena join Lembaga Peladangan dan
operasi kita akan lebih tertumpu pada pertanian. Walau bagaimana pun kita
masih lagi boleh mendaftar sebagai kontraktor di PKK (Pusat Khidmat
Kontraktor)

atau

d) Pertubuhan Koperasi. Ianya merupakan sebuah pertubuhan
sosio-ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Ianya dianggotai,
dimodali dan ditadbirkan oleh sekumpulan manusia yang berasaskan
semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi
anggota-anggotanya.

Disinilah berakhirnya pilihan kita. Andainya pilihan kita adalah d) maka
kita tiada pilihan lain selain dari meneruskan pembentukan sebuah
koperasi. Bagi aku, pilihan aku adalah pembentukan sebuah koperasi.
Jika kita lihat disekeliling kita, banyak koperasi telah ditubuhkan seperti
Koperasi UKM (UNIKEB), Koperasi Telekom, Koperasi Bank Pertanian.
Semua koperasi ini bergerak untuk kepentingan ekonomi ahli-ahlinya dengan
keuntungan sama rata. Secara amnya, kita boleh berdaftar di bawah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah koperasi am.
Walaubagaimana pun, untuk membentuknya kita perlu ada minimum 100 orang ahli.
Seterusnya, bagi menjanakan pendapatan Koperasi tersebut kita
boleh membentuk perniagaan yang diuruskan oleh Koperasi tersebut. Kita boleh
berurusan dengan gomen setelah kita berdaftar dengan MOF untuk
bidang pembekalan atau perkhidmatan. Seterusnya berdaftar dengan PKK untuk
bidak kontraktor atau kejuruteraan dan kita juga mampu untuk menjadi
sebuah syarikat yang berdaftar ngan CIDB. Tapi, ada sikit masalah untuk
orang-orang seperti aku yang dah ada syarikat yang telah mendaftar ngan
MOF. Tapi, tak pe kita tengok dulu bidang perniagaan yang hendak
didaftarkan. Sebenarnya, apa yang tengah kita usahakan ini merupakan
langkah pertama di dalam pembentukan Koperasi. (Maklumat lanjut boleh
lawati : www.skm.gov.my)
Bayangkan le kita memiliki 100 orang ahli dengan setiap orang
mencarumkan RM1,000 bagi permulaan modal koperasi kita maka diperingkat
awal pembentukan koperasi kita, kita telah miliki modal terkumpul
sebanyak RM100,000 yang berdaftar di atas nama koperasi. Dan seterusnya,
dengan hanya mencarum RM50 sebulan maka kita akan dapat collection
sebanyak RM5,000 sebulan dan bermakna RM60,000 setahun. Sekiranya kita
takut kerugian di dalam bidang perniagaan yang diceburi, maka kita
laburkan duit kita di dalam unit trust yang tidak berisiko tinggi yang
mana hanya menjanjikan keuntungan 12% setahun. Dengan ini, kita dapat
menambahkan pendapatan koperasi kita sebanyak RM12,000 setahun (hanya
untuk modal terkumpul sahaja tanpa mengira bayaran caruman bulanan).
Sekiranya koperasi kita telah berusia 3 tahun, tanpa melakukan apa-apa,
maka modal yang kita miliki adalah sebanyak RM316,000 dengan hanya
melabur di dalam unit trust yang hanya dianggarkan memberikan keuntung
12% dan mencarum sebanyak RM50 sebulan. Kalau ikutkan banyak benda yang
kita boleh lakukan untuk menjanakan pendapatan koperasi dengan modal
yang sebanyak itu.

Selepas tu baru lah kita jayakan skim pinjaman perniagaan, pelajaran,
bantuan kemanusian dan lain-lainnya untuk kepentingan ahli-ahli dan juga
keharmonian Sejagat.

Sorry le email ni panjang sangat, tapi itulah pandangan aku.... perlukan
pendapat korang semua kerana untuk menjayakan idea ini mesti ada
sokongan dari semua rakan-rakan

Wassalam

0 comments: