Kenangan...

Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.

Read more...

Pertemuan 2008

Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .

Read more...

Group XAJ87 Northern Region

Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...

Read more...

Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

>Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

10/3/07

Malam-malam terakhir Ramadan

Tazkirah Ramadan daripada Ustaz Zainuddin Hashim (ikhsan Harakahdaily.net)

Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya).

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam

Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya.

Mereka dengan sendirinya boleh terjaga dari tidur walaupun tidak mengunci jam loceng untuk bangun, tetapi masa untuk Allah agak liat dan sukar untuk dilakukan, sehingga mereka menzalimi diri kerana tidak sanggup melakukan ibadat walaupun hanya dua rakaat.

Justeru, Islam melihat waktu malam adalah penting, kerana peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku pada waktu malam seperti turunnya al-Quran pada malam al-Qadr, penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah waktu malam, Israk Mikraj juga berlaku pada waktu malam, Qiyamullail waktu malam ia tidak berlaku pada waktu siang, kerana ia masa yang amat sesuai untuk mengadu nasib kepada Allah setelah penat bekerja pada siang hari.

Sesungguhnya Allah SWT memuji hamba-hambaNya yang sanggup bangun waktu malam semata-mata untuk beribadat, bermunajat kepada-Nya dan menjadikan waktu malam bagi menempah tempat di dalam Syurga-Nya, perkara ini disebut oleh Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, kerana melakukan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa tahut dan penuh pengharapan."

Firman Allah lagi dalam ayat 17-18 menerusi surah az-Zariyat: "Mereka (orang-orang yang bertakwa) sedikit sekali tidur di waktu malam - Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."

Malam al-Qadr di sepuluh malam terakhir Ramadan

Jelas dari apa yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam dua hadis di atas, membayangkan kepada kita tentang kesungguhan baginda untuk bangun malam beribadat dan bermunajat kepada Allah, sedangkan dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang diampunkan Allah SWT.

Bukan sahaja baginda melakukannya secara bersendirian, malah memastikan agar isteri dan ahli keluarganya juga tidak membiarkan waktu malam berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti kerohanian sebagai jalan untuk menempah tempat dalam syurga.

Apatah lagi pada malam-malam terakhir Ramadan yang terdapat padanya malam al-Qadr.

Allah SWT sebut dalam al-Quran, bahawa malam al-Qadr adalah lebih baik dari 1000 bulan, iaitu kira-kira 83 tahun empat bulan, ini bermakna jika seseorang itu menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan solat fardu berjamaah, tarawih, membaca al-Quran, Qiyamullail menepati malam al-Qadr, maka dia akan meraih pahala sebanyak 83 tahun empat bulan, sedangkan umurnya mungkin baru mencecah 63 tahun, seolah-olah pahalanya tahun ini melebihi dua puluh tahun daripada umurnya, inilah yang dikatakan rahmat dan bonus setahun beribadat.

Kerana pada malam al-Qadr juga para malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, tugas nalaikat pula ada yang mencatat segala amalan yang tidak akan dikurangkan atau ditambah dengan sewenang-wenangnya.

Tetapi mengapakah masih ramai lagi di kalangan umat Islam dalam negara kita tidak bersungguh untuk merebut peluang keemasan ini yang hanya dating setahun sekali?

Menurut para ulama, antara sebab mengapa mereka tidak mengisi malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dengan amalan yang bermanfaat, kerana tidak memiliki iman yang kental, kurang membaca al-Quran, tidak berkawan dengan orang-orang yang bertakwa, orang-orang soleh, tidak istiqamah dalam mengamalkan amalan-amalan Islam, tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ajaran Islam sebenar.

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. - mks.

Leia Mais…
9/22/07

Pemergian Nurin ditangisi.....






Pilu, marah dan geram mengiringi pemergian Nurin Jazlin, yang mayatnya dituntut keluarga selepas mereka menerima hakikat sekujur tubuh budak perempuan yang ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya Isnin lalu, adalah anak mereka.

Suasana pilu dan syahdu yang menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam(21hb September 2007) apabila bapanya, Jazimin Abd Jalil, 33, akhirnya mengalah kepada suratan takdir bahawa itulah 'Kak Ngah'@ Nurin Jazlin, anak kesayangan yang kepulangannya dinanti-nantikan mereka sekeluarga sejak sebulan lalu.

Rasa marah dan geram turut terdetik di hati setiap orang yang mengikuti kes ini kerana perbuatan manusia berhati binatang terhadap kanak-kanak tidak berdosa itu.

Bagi ibunya Puan Norazian Bistaman, 35, tiada perkataan yang mampu diucapkan selain kucupan kerinduan dan linangan air mata ketika melihat jenazah anak keduanya dikafankan, didukung dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat.

Sebelum itu, Jazimin yang sebelum ini berkeras mayat yang ditemui itu bukan anaknya terbuka hati dan menuntut jenazah Nurin Jazlin di bilik mayat HKL, diiringi tangisan ahli keluarga, kakitangan hospital dan orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan.

Jenazah Allahyarham, siap dimandi dan dikafan kemudian dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL ke Madrasah Assa'Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, di mana semua ahli keluarga lain menunggu kepulangan puteri mereka yang tidak lagi bernyawa.



Norazian yang tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak, terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk mendekati jenazah anaknya dan terus mengucup dahinya buat kali terakhir.

Perasaan sedih turut menyelubungi kira-kira 500 orang yang sejak awal membanjiri kawasan madrasah itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Nurin Jazlin sebelum jenazahnya disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, diiringi ratusan kenalan, keluarga dan orang ramai yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu.




Jazimin yang ditemui sejurus selepas pengebumian selesai berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah yang menguji keluarganya dengan ujian berat pada bulan Ramadan ini.

"Apabila melihat jenazahnya selepas dimandi dan dikafankan, saya sedar itu anak saya. Ada banyak perbezaan berbanding sebelum ini (kelmarin) ketika saya dipanggil membuat pengecaman oleh polis. Saya terima hakikat pemergiannya walaupun hati saya hiba dan sedih. Tuhan lebih sayangkannya," katanya.

Penerimaan Jazimin dan keluarga ke atas keputusan DNA mengenai siapa kanak-kanak yang ditemui bogel, kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun serta kakinya dilipat sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg itu, juga mengakhiri pencarian Nurin Nazrin, yang hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada 20 Ogos lalu.

Bapa saudara Nurin Jazlin, Johari Abd Jalil, berkata Jazimin akur dengan keputusan ujian DNA selepas berbincang dengan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, malam kelmarin.

"Wajah Nurin Jazlin mula terserlah selepas dimandi dan dikafankan menyebabkan semua ahli keluarga menerima kenyataan bahawa kanak-kanak itu adalah Nurin. Kami hanya dapat menitiskan air mata untuknya.

Walaupun terdapat banyak kesan lebam di muka dan badan akibat diseksa tetapi wajahnya sangat tenang," katanya.

Datuknya, Abdul Jalil Yahya, 74, pula berkata, beliau yang rapat dengan Nurin Jazlin pasti mayat berkenaan adalah cucunya.

"Walaupun tadi (semalam) adalah kali pertama saya melihat mayat itu, saya yakin dia adalah Nurin berdasarkan bentuk dan iras wajahnya. Saya sangat sedih melihat kecederaan pada muka Nurin. Saya melihat jenazah Nurin sekejap saja kerana tidak sampai hati melihat keadaannya," katanya.

Sama-sama kita bacakan Al-Fatihah bagi dirinya, semoga rohnya di cucuri rahmat dan penjenayah kejam tertangkap dan dihukum.

Leia Mais…
9/20/07

Khabar gembira bagi yang berpuasa

Oleh: ABD. AL-RAZZAQ A. MUTHALIB AHMADA

Firman Allah: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui. (al-Baqarah:184).

Sesungguhnya ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ia merupakan satu peluang yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di negeri akhirat.

Sepatutnya, seorang hamba yang tulus imannya dan setia ketaatannya tidak perlu lagi bertanya apakah hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah ini. Namun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah lekang daripada memberi galakan dan motivasi untuk umatnya supaya membuktikan keimanan ini dengan menjalankan perintah Allah s.w.t. dengan penuh sempurna dan mengharapkan balasan yang dijanjikan.

Justeru, Baginda memberi khabar gembira untuk mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang yang berpuasa dengan perkhabaran ini:

* Puasa sebagai perisai.

Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w menganjurkan kepada mereka yang amat berkeinginan berkahwin, tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi saw yang bermaksud: Wahai para pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya. (riwayat al-Bukhari & Muslim).

Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat dan perzinaan yang diharamkan. Ibadat puasa adalah latihan rohani bagi mengekang pengaruh syaitan dan nafsu syahwat yang sering mengajak ke arah dosa dan maksiat.

Ibn Hajar al-Asqalani ketika mengulas hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata: “Pada prinsipnya, apa yang dituntut daripada amalan puasa itu adalah memecahkan syahwat.”

Dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa puasa ini menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan. (riwayat Al-Bukhari & Muslim).

* Puasa dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga.

Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan seseorang itu daripada api neraka, maka ianya akan mendekatnya pula dengan syurga. Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya?” Nabi saw menjawab: Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya. (riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim, dan sanadnya adalah sahih)

* Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.

* Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.

* Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

Ketiga-tiga kelebihan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Allah s.w.t telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (riwayat al-Bukhari & Muslim).

Di dalam hadis qudsi ini, Allah menyatakan bahawa puasa mempunyai ganjaran yang sangat berganda banyaknya berbanding dengan amalan-amalan lain. Jika amalan yang lain dijanjikan ganjaran pahala sehingga tujuh ratus pahala dan lebih, tetapi bagi puasa ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak dinyatakan kadar pahalanya. Maka Allah s.w.t. akan menambahkan pahala mengikut kehendak-Nya sehingga mungkin tidak dapat dihitung oleh manusia.

Bagi orang yang berpuasa juga akan menikmati dan mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari suntuk seseorang itu menahan diri dari lapar dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari. Dia dapat menikmati segala juadah bagi menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah kegembiraan di dunia.

Ada pun kegembiraan yang lebih besar dan utama adalah tatkala dia bertemu dengan Tuhannya di akhirat kelak. Detik itu, dia akan dapat melihat dan mengecapi segala ganjaran besar yang telah disediakan untuknya sebagai balasan kepada ketaatan yang telah ditunjukkan.

Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat. Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan yang telah dijanjikan.

* Al-Rayyan untuk orang yang berpuasa

Al-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (riwayat al-Bukhari & Muslim).

Justeru, marilah bersama-sama kita pertingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini benar-benar dapat dicapai dan dihayati.

Janganlah sesekali kita alpa dan lalai untuk bergantung harap kepada reda dan ganjaran istimewa yang dijanjikan untuk mereka yang berpuasa. Wahai orang yang berpuasa, bergembiralah dengan khabar gembira ini.

Leia Mais…
9/18/07

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail As dengan bentuk yang cantik, Dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu di antara
Timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
Daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri berserta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah Dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam Dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari Solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas PerintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail As dengan mengembangkan sayapnya Dan Terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih, lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
Sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh

Dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
Imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di
Dalam Semua Hari.

Semoga Kita mendapat berkat daripada Ilmu ini.

Wallahualam

Leia Mais…
9/15/07

Selamat Berpuasa

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan.

(Gunakan ruangan comment di bawah untuk Sampaikan Salam Ramadhan kepada rakan-rakan)





Leia Mais…

Gambar Kenangan Ketika di UTM (1987~..)



Gambar Kenangan Bersama Rakan-Rakan AJ87

Barisan Depan dari Kiri :X, Anida Buang, Salina, Hisham Moh(Layot), Rahman(Man Kati), Rozman, Subki, Norfatha, Rozita Ramli, Zuraini, Zarina

Barisan kedua dari Kiri: Ropi, Adzhar(Jubal), Hairozie, Hamidon, Norazman Soud, Zaini, Zainal, Kamarudin Abu Bakar, Rahman(Man Boroi), Adnan(Koyan), Arif Milon, Abdullah, Allahyarham Kamaruddin Ajib, Haris, Fauzi Fudzin, Mohd Al Badawi, Sahruddin (Sawai)

Barisan Ketiga dari kiri: Razali Rosmin, Ropa, Wan Mohammad, Albari, Sa’idin, Ramli, Agus, Salfian, Norazman, Ridzwan, Sait, Nazaruddin,Azian, Zohaireen,

Barisan terakhir: Nana Khalil, Jamallulai.

Leia Mais…
8/25/07

Perjumpaan Pertama Reunion ExAJ87 -2007 (North Region)

Perkara: Mesyuarat Pertama Reunion 2007 AJ87 Northern region (Ahli jawatankuasa Sementara)

Tarikh: 23 Ogos 2007

Tempat: Restoran Nasi Kandar Shahul Hamid, 5 Lorong Bertam Indah 4/9, Taman Bertam Indah, K. Batas, P. Pinang.

Masa : 8.00 p.m ~11.45p.m

Kehadiran: Abdullah Abu Bakar, Haszani Harun, Sa’aidin Md Lazin, Atan Noordin, Zulkefle Said, Muztalmi

Lazim, Mohd Subki Abd Rahman, Haris Hamid, Rosli Yaakob (DKM), Burhanuddin Haji Ismail (DKJ) dan … (Maaf seandai nama-nama di atas tak betul, janji apa yang teringat)

Wakil pemerhati dari kawasan tengah: Zafary Abdul Manap

Agenda: 1. Perlantikan jawatankuasa protem bagi kawasan utara dan dipersetujui sebulat suara:

1. Pengerusi tetap: Haszani Harun

2. Presiden : Abdullah Abu Bakar

3. Timbalan Presiden: Zulkefle Said

4. Setiausaha: Sa’aidin Md Lazin

5. Bendahari: Muztalmi Lazim

6. AJK: Perlis : Haris Hamid

7. AJK: Alor Star: Mohd Subki

8. AJK: P. Pinang. Atan Noordin

9. AJK : Rosli Yaakob (DKM)

10. AJK : Burhanuddin Ismail (DKJ)

11. AJK : Mohd Nizam Ahamad (SKM), tidak dapat hadir kerana kurang sihat

2. Bersetuju supaya perjumpaan diadakan mengikut pusingan kawasan supaya dapat melihat kawasan ahli-ahli di kawasan lain. Tetapi kalau di luar Negara kalau

ada sponsor no problem.

3. Perjumpaan bagi Northern region akan diadakan sebulan sekali bergantung kepada kehadiran rakan-rakan dari jauh.

4. Cadangkan 1st reunion AJ87 diakan dikawasan yang boleh dihadiri oleh semua kawasan, tempat yang dicadangkan spt berikut;

1. Lumut (Telok BatiK)

2. Cameron highland

3. Dewan Felda Jalan Semarak (kurang sokongan)

b. Sempena 20 tahun AJ 87 di buat secara grand. Kalau buat di Jln Semarak boleh jemput ex lecturers.

c. Kawasan utara mencadang untuk buat rombongan cik kiah guna keretapi. Harap kawan KTMB dapat bagi konsesi.

d. Tarikh dicadangkan pada 29/11~1/12 pada cuti sekolah (sebulat suara)

e. Perjumpaan juga boleh dibuat jika kawan –kawan buat rumah terbuka atau kenduri kendara.

5. Cadangkan setiap ahli cuba mencari rakan –rakan lain yang tiada dalam list terutama SKT, SKM, DKJ, DKM, DKT serta kawan-kawan yang keluar awal

6. Cadangkan kepada moderator untuk update setiap nama dalam website dan website hendaklah dikemaskini kerana berapa aduan diterima dari kaawan kawan

gagal memasuki website

7. Cadangkan supaya kawan kawan yang menggunakan email kerja terus gunakan

8. Cadangkan setiap email atau message yang dihantar didahului dengan subject AJ87 supaya memudahkan ahli untuk susunatur.

9. Cadangkan setiap message yang special hanya untuk ahli tertentu dialamatkan kepada hanya kepada beliau sahaja supaya email kawan-kawan lain tak jam.

10. Lain lain cadangan nanti masa akan datang, kepala dah pening

Mesyuarat ditamatkan dan seterusnya berbincang kisah dahulu kini dan selamanya.

Mesyuarat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Zafary Abdul Manap kerana sudi menghadirkan diri dari Batang Kali sebagai wakil pemerhati bagi pihak presiden.

Leia Mais…
8/22/07

Perjumpaan Pertama Reunion ExAJ87 -2007 (Center Region)

Assalamualaikum

Perkara: Mesyuarat Pertama Reunion 2007 ExAJ87(Ahli Jawatankuasa Sementara)

Tarikh: 18 Ogos 2007
Tempat: Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi
Kehadiran: Shamsul Maarof, Aznor, Norjo, Salfian (itu je yang dapat hadir…)
Masa: 2.30ptg ~ 4.30ptg

Agenda:
1. Cadangan untuk mengadakan jawatankuasa sementara mengikut region ( Utara, Tengah, Selatan,Pantai Timur)

Kawasan Tengah : Shamsul Maarof
Kawasan Selatan : Jasman
Kawasan Utara: Zulkefle Said
Kawasan Pantai Timur: Ropa.

Mereka akan mengadakan perjumpaan sesama mereka buat masa kini untuk menjayakan kumpulan Ex AJ87.
Shamsul Maarof masih lagi menjadi pengerusi sementara Reunion 2007 .

2. Mencadangkan Reunion diadakan secara pusingan .

i.Anjuran Kawasan Tengah –> ii.Anjuran kawasan Selatan —> iii.Anjuran kawasan Utara –> iv.Anjuran kawasan Pantai Timur….so kira adillah…selain itu boleh kita cuti-cuti Malaysia…tengok kawasan kwn2
kita…

3. Mencadangkan Majlis Berbuka puasa..(mengikut region masing-masing).

4. Mencadangan Majlis rumah terbuka Hari Raya. (Untuk membincangkan persiapan aktiviti ketika Family Reunion 2007)


5. Cadangan Reunion 2007 (2 hari 1 malam)
Tarikh: 1. 22hb Dis~23Dis 2007

2. 29hb Dis ~30Dis 2007

Cadangan Tempat Reunion:

1. Glory Beach Resort(PD)
2. Mayang Sari Resort(PD)
3. Marina Bay (PD)
4. Tiara Beach Resort (PD)


Mesyuarat ditangguhkan untuk mendengar pendapat ramai…..

Mesyuarat seterusnya : 25 Ogos 2007 di Dataran Putrajaya.

Sekian terima kasih.

Leia Mais…
8/15/07

Kata-kata Aluan Pengerusi Sementara

Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua….

Alhamdullillah…. Bermula dari cetusan idea saya kepada Norjo untuk menghimpunkan rakan-rakan lama UTM, dituruti email pertama Norjo kepada saya pada 8hb Aug, maka sehingga ke hari ini, kita berjaya mengumpulkan 49 rakan SKJ dan 7 rakan DKJ. Selain dari itu, kita juga berjaya mengumpulkan 37 email rakan-rakan UTM kita yang berada di serata Malaysia dan tanpa kita sedari sebahagian dari mereka sebenarnya berdekatan dengan kita. Biar pun tujuan utama kita adalah untuk mengadakan family reunion pada bulan Disember 2007, namun yang paling penting sekali kita telah kembali berhubung sesama kita. Diharapkan niat murni kita ini akan menjadi kenyataan.

To Sheikh Azhar : Aku tak tahu rakan yang lain, tapi aku tetap takkan lupakan kau. Tak sempat nak ucapkan terimakasih secara official kepada family kau sebab bagi aku tempat tinggal ketika aku jalankan industrial training kat JB pada tahun 1989. Selain dari tu, kita selalu pergi kuliah bersama-sama semasa kat kampus Jalan Gurney dulu. Naik motor Raider kau… Apa cite dengan club `APAKELUVEN’ (sorry kalau salah eja) kau? Hidup lagi ke…. Sekarang ni kau hidup bersama dengan awek kau yang masa belajar dulu ke?

To Izam : Sorry, meeting point tak dapat nak ubah untuk esok hari….. tak pe, kita akan arrange kan following meeting next week. Next week (25hb Aug) punya meeting aku suggest kita buat kat Dataran Putra, Putrajaya. Aku rasa Jasman pun boleh join.

To rakan-rakan yang dah berhaji, alhamdullillah…. Ada juga rakan yang boleh jadi imam dan kepala bila kita nak buat bacaan yaasin dan Qiaimullai…

To Sa’aidin dan Siti Zawi : tak lama lagi kita orang kena panggil lu orang datuk le…. Sebab anak dah jadi anak dara/teruna, tak lama lagi bercucu le korang.

To Rozaimi : sorry tak dapat nak join konvo UTM yang ke 38 (konvo UTM ni sama umur dengan kita le…) lambat inform. Insya-Allah, next year kita reunion kat UTM Skudai

To others : jangan berkecil hati…. Kita kan cuba buat roadshow untuk pusing satu Malaya. Aug `07 – show kat Center Region, Sept `07 – show kat South Region (Johor le), Oct `07 – show kat North Region (Penang area), Nov `07 – show at east coast region (Kelantan le), Dec `07 – Family Reunion `07. Apa macam ada members yang berminat untuk join this roadshow ke?

Ok, sebelum beredar dari ruang pena untuk minggu ini, saya attachkan latest info mengenai rakan-rakan kita.

Wassalam

Shamsul Maarof

Leia Mais…