Kenangan...

Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.

Read more...

Pertemuan 2008

Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .

Read more...

Group XAJ87 Northern Region

Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...

Read more...

Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

>Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

7/28/08

Reunion 2008

Kepada rakan X AJ87 UTM,

Oleh kerana sambutan untuk menjayakan Grand Reunion 2008 tahun ini kurang mendapat sambutan. Pihak AJK Central Region X AJ87UTM bercadang untuk menganjurkan reunion 2008 peringkat central region dahulu.

Berikut 2 tempat pilihan:
1. Tiara Beach Resort, PD
2. Glory Beach Resort, PD

dan 2 tarikh pilihan
1. 19,20 & 21 Dec 2008
2. 26, 27 & 28 Dec 2008

Rakan rakan boleh 'vote' di bahagian sebelah kanan blog ini atau emailkan pilihan anda ke mekanikalaj87@gmail.com

Terima kasih

Leia Mais…
7/25/08

Teluk Batik Resort

What You Can Get At Teluk Batik Resort


Pool Side Hill View Cafe
Pool Side Hill View Cafe
Room Facilities (Deluxe Quad)
Room Facilities

(Deluxe Quad)
Room and Facilities (Superior Room)
Room and Facilities

(Superior Room)

Room Facilities (Executive Deluxe)
Room Facilities

(Executive Deluxe)
Room Facilities (Executive Superior)
Room Facilities

(Executive Superior)
Room Facilities (Deluxe Triple)
Room Facilities

(Deluxe Triple)


Banquet Facilities
Banquet Facilities



Activities :

1.Team Building & Telematch

Team Building & Telematch

Description : Team Building & Telematch



2. Island Hopping

Island Hopping

Description :

Hop on our boats to round islands at Teluk Batik, Lumut& Pangkor Island.



3. Survival Village

Survival Village

Description :

Do come and visit us also at Survival Village where you can understand
some surviving skills in the jungle. Our guide will lead you through all
the traps during jungle trekking at the hill behind Teluk Batik Resort
and at the same enjoy the fresh air of flora & fauna.




4 Promotion - Snorkeling Park

Promotion - Snorkeling Park

Description : Our Malaysia 1st Manmade Snorkeling Park
located 500m away from Teluk Batik Resort is now ready
for your family and friends' leisure. This park completes
the needs of different age groups of people seeking pleasure
of venturing themselves among the aquatic and different
types of oceanic species with peace of mind, no more
fighting water sickness and no more boat riding.


Leia Mais…

Quotation Reunion 2008 - BMLT

Untuk pengetahuan rakan-rakan,

Encik Shamsul Maarof dan AJK nya telah pun mendapatkan 2 quotation untuk reunion 2008.

Buat masa ini belum ada keputusan tempat berlangsungnya majlis Reunion 2008.

Jika ada diantara rakan-rakan yang boleh mendapatkan quotation lain sila emailkan ke yahoogroups atau terus kepada Presiden.

Sekian .

Di bawah ini merupakan ;

Quotation 1:

Bukit Merah Lake Town Resort


page 1





Page 2



Quotation 2 :
Teluk Batik Resort

page 1


Page 2


Page 3

Leia Mais…
7/20/08

Menjana Paip Pendapatan

Apa itu pembinaan paip pendapatan?

Kenapa paip pendapatan?

Paip pendapatan adalah satu konsep yang telah lama wujud tetapi tiada garis pemisah yang jelas yang menyebabkan kadang-kadang kita tidak menyedarinya.

Boleh dikatakan ramai orang yang hendak menceburkan diri dalam dunia perniagaan bagi mencari pendapatan tambahan samada secara sambilan atau sepenuh masa.

Ini dapat dilihat dengan jelas di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), tinggat 2 di The Mall, Kuala Lumpur. Begitu ramai sekali orang yang hendak mulakan perniagaan. Suasana di sana terlalu sibuk malah semua kaunter penuh setiap hari. Ini satu petanda yang baik kepada ekonomi Malaysia. Sesiapa saja bebas untuk berniaga atau mencari pendapatan tambahan.

Tetapi dalam keghairahan mereka ingin berniaga atau mencari pendapatan tambahan, ramai yang tidak betul-betul faham dengan konsep paip pendapatan. Bila ramai yang tidak faham dengan konsep ini maka terjadilah banyak perkara yang sebelum ini belum dialami oleh mereka ini.

Contohnya;
1. Sibuk.
Tiada masa untuk perkara-perkara lain selain dari berniaga dan mencari pendapatan. Sehingga keluarga menjadi ’second priority’ malah masa untuk diri mereka sendiri pun tidak mencukupi.

2. Penjagaan kesihatan.
Mereka rela korbankan kesihatan untuk memajukan perniagaan atau pendapatan. Mungkin pada permulaan mereka sanggup korbankan kesihatan untuk meraih wang yang banyak tetapi lama-kelamaan mereka akan korbankan wang untuk membeli kesihatan. Ketika itu, keadaan mungkin dah terlambat.

3. Kerenah pekerja.
Seseorang yang mahir melakukan sesuatu kerja-kerja teknikal belum tentu dapat menguruskan hal-ehwal sumber manusia dengan cekap. Kalau boleh seorang majikan tidak mahu melihat apa-apa masalah yang melanda setiap pekerjanya. Selain itu sebagai majikan dia juga ada masalahnya yang tersendiri. Ini bermakna sebagai majikan, dia akan menanggung masalah peribadinya dan juga pekerjanya.

4. Masaalah aliran tunai.
Bagi sebuah perniagaan yang masih baru, banyak di antara mereka yang menghadapi masalah mengumpulkan modal untuk mendapat peluang perniagaan yang sedia ada. Disebabkan terlampau mengejar peluang tersebut, banyak di antara mereka yang terbabas dari ‘pelan business’ yang asal. "Tangkap aje mana-mana projek yang dapat."

Banyak juga yang menghadapi masalah kerana produk-produk mereka terlalu laris. Jadi kenalah ada modal untuk kembangkan perniagaan. Laris pun timbul juga masalah.

5. Kerenah orang tengah dan prosedur yang susah.
Kenapa kita perlu hadapi semua ini? Kenapa kadang-kadang terlalu banyak prosedur, syarat-syarat atau kerenah orang tengah yang cuma nak dapatkan imbuhan?

6. Berterusan.
Dan yang penting, adakah perniagaan atau pendapatan tambahan mereka itu akan dapat terus berjalan dengan lancar jika meraka tiada di situ, sakit, tidak upaya atau mengahadapi sebarang masalah.

Bolehkah?

Jadi, secara ringkasnya, membina paip pendapatan sebenarnya adalah satu konsep ‘residual’ yang mana pendapatan yang diperolehi akan berterusan mengalir masuk ke poket kita atau berkembang tidak kira samada kita ada di situ atau tidak, sakit, tidak upaya atau seumpamanya malah boleh diwarisi kepada keturunan kita.

Kita mungkin tidak selama-lamanya sihat, mempunyai cukup masa, atau punya modal yang lebih. Oleh itu membina paip pendapatan mampu bekerja untuk kita selepas suatu tahap dan bukanlah kita yang perlu bekerja untuk perniagaan selamanya. Kalau tidak percaya, lihat-lihatlah di sekeliling anda.

Perniagaan yang kalau satu hari tak dibuka, bermakna tiadalah income untuk hari tersebut.



Leia Mais…

Bengkak Prostat Ancam Lelaki

PENUAAN bermaksud kualiti kesihatan yang merosot. Satu daripadanya adalah masalah kelenjar prostat yang membengkak dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH).

Walaupun sebab khusus BPH tidak diketahui tetapi ia kerap dikaitkan dengan faktor penuaan.

Sememangnya ia masalah biasa lelaki, terutama berusia 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, BPH bukan masalah yang tidak boleh dikawal.

Pengerusi Jabatan Urologi, Pusat Perubatan Universiti Texas Southwestern, Prof Claus G Roehrborn, berkata ketidakselesaan dan keresahan yang dialami pesakit BPH ada kalanya kurang difahami orang kelilingnya.

“Mengalami BPH sangat memberi tekanan dan sepatutnya tidak dipandang ringan. Bayangkan, apabila anda terpaksa kerap berulang alik ke bilik air dan bangun malam hanya untuk membuang air kecil,” katanya.

Roehrborn berkata, jika tidak dirawat BPH memberi komplikasi pada masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi mengembalikan kualiti hidup.

Prostat sebenarnya bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat. Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani.

Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing.

Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.

Ketua Jabatan Urologi, Hospital Selayang, Dr Rohan Malek, berkata kes BPH di Malaysia semakin meningkat berpandukan kajian BPH di negara jiran.

“Umumnya, komplikasi BPH agak rendah tetapi mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana simptom BPH memang membimbangkan,” katanya.

Punca

Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam ratio hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan itu menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone.

Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.

Komplikasi BPH

  • Masalah membuang air kecil akut - akan timbul rasa sakit untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, bukan semua masalah ini disebabkan BPH.

  • Masalah jangkitan pundi kencing - menyebabkan salur kencing radang dan proses membuang air kecil sangat sakit. Ada kalanya mereka yang mengalami BPH perlu dibedah.

  • Batu karang - Lebihan mineral yang boleh menyebabkan jangkitan, masalah pundi kencing, darah dalam air kencing atau halangan aliran air kencing

  • Kerosakan pundi kencing - Biasanya terjadi dalam masa lama kerana pundi kencing tidak dikosongkan secara sempurna. Dinding otot pada pundi kencing mengembang, lemah dan tidak boleh mengecut secara sempurna.

  • Kerosakan buah pinggang kerana kekerapan jangkitan dan masalah membuang air kencing yang akut. Selain itu, BPH mungkin menyebabkan bengkak pada struktur pengumpulan air kencing (hydronephrosis) pada satu atau kedua-dua buah pinggang kerana urin bertakung di dalam buah pinggang.

    Rawatan

  • Pemerhatian - memerlukan pemeriksaan yang kerap bagi memantau masalah yang dihidapi.

  • Ubat-ubatan misalnya ubat penyekat (alpha blocker) yang boleh diambil secara oral dan bertindak merehatkan otot dalam prostat.

  • Pembedahan perlu dilakukan jika semua rawatan terdahulu tidak berkesan. Ada lima jenis pembedahan dan doktor akan menasihatkan jenis pembedahan yang sesuai mengikut keadaan pesakit.

  • Selain itu anda juga boleh mengambil Supplement permakanan tambahan seperti "Saw Palmetto and Nettle Root" dengan mendapat nasihat daripada Doktor anda terlebih dahulu.




    Simptom
    • Aliran urin yang lemah
    • Susah untuk membuang air kecil
    • Kencing yang tersekat-sekat
    • Kerap membuang air kecil
    • Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
    • Terasa terdesak untuk kencing
    • Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
    • Darah dalam air kencing
    • Masalah jangkitan pundi kencing


    Ikhsan: Berita Minggu 20hb July 2008

    Leia Mais…
    7/14/08

    Here In My Home

    Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity









    The Making of .....

    Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity
    Part 1


    Part 2

    Leia Mais…