Kenangan...

Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.

Read more...

Pertemuan 2008

Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .

Read more...

Group XAJ87 Northern Region

Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...

Read more...

Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

>Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

6/26/09

Sumbangan Untuk Fakir Miskin

Assalamualaikum w.b.t.

Selain dari majlis rumah terbuka, AJ87 Central Region ingin menganjurkan aktiviti menyumbang barangan kepada Rumah-rumah anak-anak yatim yang berada di sekitar Selangor. Barang sumbangan adalah seperti berikut :

  1. Pakaian-pakaian harian (Baru atau lama tapi mestilah di dalam keadaan yang masih elok)
  2. Pakaian untuk aktiviti-aktiviti persekolahan
  3. Barangan makanan seperti beras, gula, garam, milo dsbgainya
  4. Sumbangan wang tunai untuk pembelanjaan harian

Aktiviti dirancangkan untuk diadakan pada 6hb September 2009 (mengambil berkah bulan Ramadhan). Diharapkan aktiviti seumpama ini mendapat restu dan sambutan dari rakan-rakan. Diharapkan juga rakan-rakan yang berdekatan dapat memeriahkan aktiviti ni (takkan le gi menderma sorang-sorang je......). Sekiranya, bagi rakan-rakan yang berjauhan tetapi ingin menyumbang wang tunai seadanya, boleh lah bank in ke Bendahari Central Region :

Nama : Rafidah binti Ahmad

Maybank Acc No : 114013066586

Email add : Rafidah.Ahmad@maunsell.com

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan dacing penimbang kita diakhir nanti.

Wassalam

Untuk Tuhan dan Manusia



Bagi memudahkan urusan pengumpulan barangan sumbangan berupa pakaian (kalau aku nak gi collect, takut tak cukup masa), barangan tersebut bolehlah diposkan ke alamat :



NADI SEJAGAT SERVICES

10, Jalan Dahlia 4/1,

Taman Dahlia,

Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,

Selangor Darul Ehsan.



Peringatan :

1. Masih elok lagi (tidak koyak, berkulat, berpanau dsbagainya). Kalau boleh sesuai untuk digunakan di pagi raya dan juga kegunaan harian.
2. Kalau dapat siap berdobi lagi.... kalau tak sempat tak pe, nanti aku tolong dobi dan sterika kan.
3. Tolong letak nama si pengirim kat pembalut bungkusan sebagai rujukan je.......
4. Tak perlu poskan barang basah atau beras, gula, garam dsbgainya. Yang ni nanti kitorang beli kat sini.

Leia Mais…

Cadangan Majlis Sambutan Hari Raya XAJ87 UTM 2009

Assalamualaikum w.b.t kepada warga AJ87UTM semua,

Setelah majlis reunion AJ87UTM Central Region yang pertama yang telah
diadakan pada 20hb Disember 2008 di Putrajaya yang telah dihadiri
seramai 58 orang termasuk isteri dan anak-anak, maka AJ87UTM Central
Region melangkah setapak lagi untuk menganjurkan satu majlis rapat mesra
yang dinamakan sebagai Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri AJ87UTM.
Butir-butir majlis adalah seperti berikut :

Tarikh Majlis : 17hb Oktober 2009 (Sabtu)
Masa Majlis : 12:00 tghari
Lokasi : masih lagi di dalam perbincangan (perlukan cadangan dari
rakan-rakan)

Diharapkan majlis ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua terutama
sekali yang berada di sekitar Negeri Selangor.

Sekian,

Wassalam
P/s - sila war-warkan kepada rakan-rakan yang tiada di dalam email list
ni

Leia Mais…