6/26/09

Sumbangan Untuk Fakir Miskin

Assalamualaikum w.b.t.

Selain dari majlis rumah terbuka, AJ87 Central Region ingin menganjurkan aktiviti menyumbang barangan kepada Rumah-rumah anak-anak yatim yang berada di sekitar Selangor. Barang sumbangan adalah seperti berikut :

  1. Pakaian-pakaian harian (Baru atau lama tapi mestilah di dalam keadaan yang masih elok)
  2. Pakaian untuk aktiviti-aktiviti persekolahan
  3. Barangan makanan seperti beras, gula, garam, milo dsbgainya
  4. Sumbangan wang tunai untuk pembelanjaan harian

Aktiviti dirancangkan untuk diadakan pada 6hb September 2009 (mengambil berkah bulan Ramadhan). Diharapkan aktiviti seumpama ini mendapat restu dan sambutan dari rakan-rakan. Diharapkan juga rakan-rakan yang berdekatan dapat memeriahkan aktiviti ni (takkan le gi menderma sorang-sorang je......). Sekiranya, bagi rakan-rakan yang berjauhan tetapi ingin menyumbang wang tunai seadanya, boleh lah bank in ke Bendahari Central Region :

Nama : Rafidah binti Ahmad

Maybank Acc No : 114013066586

Email add : Rafidah.Ahmad@maunsell.com

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan dacing penimbang kita diakhir nanti.

Wassalam

Untuk Tuhan dan Manusia



Bagi memudahkan urusan pengumpulan barangan sumbangan berupa pakaian (kalau aku nak gi collect, takut tak cukup masa), barangan tersebut bolehlah diposkan ke alamat :



NADI SEJAGAT SERVICES

10, Jalan Dahlia 4/1,

Taman Dahlia,

Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,

Selangor Darul Ehsan.



Peringatan :

1. Masih elok lagi (tidak koyak, berkulat, berpanau dsbagainya). Kalau boleh sesuai untuk digunakan di pagi raya dan juga kegunaan harian.
2. Kalau dapat siap berdobi lagi.... kalau tak sempat tak pe, nanti aku tolong dobi dan sterika kan.
3. Tolong letak nama si pengirim kat pembalut bungkusan sebagai rujukan je.......
4. Tak perlu poskan barang basah atau beras, gula, garam dsbgainya. Yang ni nanti kitorang beli kat sini.

0 comments: