7/20/08

Menjana Paip Pendapatan

Apa itu pembinaan paip pendapatan?

Kenapa paip pendapatan?

Paip pendapatan adalah satu konsep yang telah lama wujud tetapi tiada garis pemisah yang jelas yang menyebabkan kadang-kadang kita tidak menyedarinya.

Boleh dikatakan ramai orang yang hendak menceburkan diri dalam dunia perniagaan bagi mencari pendapatan tambahan samada secara sambilan atau sepenuh masa.

Ini dapat dilihat dengan jelas di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), tinggat 2 di The Mall, Kuala Lumpur. Begitu ramai sekali orang yang hendak mulakan perniagaan. Suasana di sana terlalu sibuk malah semua kaunter penuh setiap hari. Ini satu petanda yang baik kepada ekonomi Malaysia. Sesiapa saja bebas untuk berniaga atau mencari pendapatan tambahan.

Tetapi dalam keghairahan mereka ingin berniaga atau mencari pendapatan tambahan, ramai yang tidak betul-betul faham dengan konsep paip pendapatan. Bila ramai yang tidak faham dengan konsep ini maka terjadilah banyak perkara yang sebelum ini belum dialami oleh mereka ini.

Contohnya;
1. Sibuk.
Tiada masa untuk perkara-perkara lain selain dari berniaga dan mencari pendapatan. Sehingga keluarga menjadi ’second priority’ malah masa untuk diri mereka sendiri pun tidak mencukupi.

2. Penjagaan kesihatan.
Mereka rela korbankan kesihatan untuk memajukan perniagaan atau pendapatan. Mungkin pada permulaan mereka sanggup korbankan kesihatan untuk meraih wang yang banyak tetapi lama-kelamaan mereka akan korbankan wang untuk membeli kesihatan. Ketika itu, keadaan mungkin dah terlambat.

3. Kerenah pekerja.
Seseorang yang mahir melakukan sesuatu kerja-kerja teknikal belum tentu dapat menguruskan hal-ehwal sumber manusia dengan cekap. Kalau boleh seorang majikan tidak mahu melihat apa-apa masalah yang melanda setiap pekerjanya. Selain itu sebagai majikan dia juga ada masalahnya yang tersendiri. Ini bermakna sebagai majikan, dia akan menanggung masalah peribadinya dan juga pekerjanya.

4. Masaalah aliran tunai.
Bagi sebuah perniagaan yang masih baru, banyak di antara mereka yang menghadapi masalah mengumpulkan modal untuk mendapat peluang perniagaan yang sedia ada. Disebabkan terlampau mengejar peluang tersebut, banyak di antara mereka yang terbabas dari ‘pelan business’ yang asal. "Tangkap aje mana-mana projek yang dapat."

Banyak juga yang menghadapi masalah kerana produk-produk mereka terlalu laris. Jadi kenalah ada modal untuk kembangkan perniagaan. Laris pun timbul juga masalah.

5. Kerenah orang tengah dan prosedur yang susah.
Kenapa kita perlu hadapi semua ini? Kenapa kadang-kadang terlalu banyak prosedur, syarat-syarat atau kerenah orang tengah yang cuma nak dapatkan imbuhan?

6. Berterusan.
Dan yang penting, adakah perniagaan atau pendapatan tambahan mereka itu akan dapat terus berjalan dengan lancar jika meraka tiada di situ, sakit, tidak upaya atau mengahadapi sebarang masalah.

Bolehkah?

Jadi, secara ringkasnya, membina paip pendapatan sebenarnya adalah satu konsep ‘residual’ yang mana pendapatan yang diperolehi akan berterusan mengalir masuk ke poket kita atau berkembang tidak kira samada kita ada di situ atau tidak, sakit, tidak upaya atau seumpamanya malah boleh diwarisi kepada keturunan kita.

Kita mungkin tidak selama-lamanya sihat, mempunyai cukup masa, atau punya modal yang lebih. Oleh itu membina paip pendapatan mampu bekerja untuk kita selepas suatu tahap dan bukanlah kita yang perlu bekerja untuk perniagaan selamanya. Kalau tidak percaya, lihat-lihatlah di sekeliling anda.

Perniagaan yang kalau satu hari tak dibuka, bermakna tiadalah income untuk hari tersebut.



0 comments: