PENUAAN bermaksud kualiti kesihatan yang merosot. Satu daripadanya adalah masalah kelenjar prostat yang membengkak dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH).
Walaupun sebab khusus BPH tidak diketahui tetapi ia kerap dikaitkan dengan faktor penuaan.
Sememangnya ia masalah biasa lelaki, terutama berusia 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, BPH bukan masalah yang tidak boleh dikawal.
Pengerusi Jabatan Urologi, Pusat Perubatan Universiti Texas Southwestern, Prof Claus G Roehrborn, berkata ketidakselesaan dan keresahan yang dialami pesakit BPH ada kalanya kurang difahami orang kelilingnya.
“Mengalami BPH sangat memberi tekanan dan sepatutnya tidak dipandang ringan. Bayangkan, apabila anda terpaksa kerap berulang alik ke bilik air dan bangun malam hanya untuk membuang air kecil,” katanya.
Roehrborn berkata, jika tidak dirawat BPH memberi komplikasi pada masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi mengembalikan kualiti hidup.
Prostat sebenarnya bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat. Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani.
Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing.
Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.
Ketua Jabatan Urologi, Hospital Selayang, Dr Rohan Malek, berkata kes BPH di Malaysia semakin meningkat berpandukan kajian BPH di negara jiran.
“Umumnya, komplikasi BPH agak rendah tetapi mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana simptom BPH memang membimbangkan,” katanya.
Punca
Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam ratio hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan itu menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone.
Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.
Komplikasi BPH
Rawatan
Selain itu anda juga boleh mengambil Supplement permakanan tambahan seperti "Saw Palmetto and Nettle Root" dengan mendapat nasihat daripada Doktor anda terlebih dahulu.
- Aliran urin yang lemah
- Susah untuk membuang air kecil
- Kencing yang tersekat-sekat
- Kerap membuang air kecil
- Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
- Terasa terdesak untuk kencing
- Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
- Darah dalam air kencing
- Masalah jangkitan pundi kencing
Ikhsan: Berita Minggu 20hb July 2008
0 comments:
Post a Comment