1/30/08

AJ87 : 3rd Gathering for Central Region

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada rakan-rakan semua, terutamanya mereka yang berada di sekita KL, PJ, Putrajaya, Shah Alam dan semua daerah yang berdekatan dan boleh dikategorikan sebagai Central Region, dengan ini saya ingin menjemput anda sekelian untuk menghadirkan diri ke majlis pertemuan yang ketiga AJ 87 Central Region yang bakal diadakan pada :

Tarikh : 16hb February 2008 (2 hari selepas Valentine’s Day)

Masa : 3:00pm hingga 5:00 pm

Tempat : Danau Golf Club, UKM Bangi (sorry le terpaksa menumpang U orang). Peta akan diedarkan kemudian….

Bayaran : tolong spare le dalam RM50.00 sorang – bayaran untuk high tea dan sewa meeting room (yang ni kena confirm kehadiran betul-betul 7 hari sebelum tarikh event sebab nak booking). Jika ada yang nak donate amat le dialu-alukan……

Tarikh penutupan penyertaan pada 5hb February 2008 (sorry aku cuti Gong Xi Fa Chai start 6hb le…..)

Bole bawa family jika ianya tidak mengganggu anda……

Agenda :
1. Ucapan silaturrahim dari setiap rakan

2. Pemilihan AJK Bertindak untuk 1st AJ87 Reunion `08 bagi pihak Central Region
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK – AJK :

3. Cadangan tempat dan tarikh untuk Reunion

4. Mengemaskinikan data-data AJ87 (sila bawa business card masing-masing secukup-cukupnya)

5. Membincangkan hala tuju “pertubuhan” AJ87

6. Perkara-perkara yang berbangkit

7. High Tea untuk merehatkan akal fikiran + borak sakan

8. Aktiviti bebas – siapa nak balik, dah bole balik, nak swimming pun bole….

Bagi mereka yang perlu apply permit keluar rumah, sila apply awal-awal agar anda dapat menghadiri pertemuan ini.

Sekian, terima kasih

0 comments: