1/29/08

Daripada Pengerusi Sementara - Shamsul Maarof

Assalamualaikum w.b.t. kepada rakan-rakan Mechi AJ87 yang dihormati sekelian…..

Melihatkan perkembangan semasa, keaktifan yang ditunjukkan oleh AJ87 Northen Region dan semangat yang berkobar-kobar ketika perjumpaan AJ87 Central Region, saya yakin kita mampu untuk berkumpul dan bersama semula untuk mengenangkan kembali detik-detik bersejarah yang berlaku pada satu hari di dalam tahun 1987 di mana kita bersama-sama menjejakkan kaki di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney. Pada waktu itu, kebanyakan di antara kita tidak mengenali antara satu sama lain.

Untuk itu, 2 perkara yang perlu kita perbincangan secara detail di dalam perjumpaan setiap region.
1. Hala tuju pertemuan setiap ahli. Berdasarkan pada hasil perjumpaan Northen dan Central Region, masing-masing ingin memperkembangkan ikatan silaturahim yang telah terjalin. Untuk itu, kita perlu memperbincangkan agar persatuan (kalau bole disebut persatuan) kita ini boleh bergerak secara legal di mana kita akan mendaftarkan dia di SSM sebagai ROS. Dengan adanya persatuan ini, kita boleh melakukan berbagai aktiviti yang berfaedah demi kepentingan dan kejayaan bersama seperti perniagaan daua hala, bantuan pelajaran kepada anak-anak AJ87, bantuan kepada rakan-rakan yang kurang bernasib baik dan sebagainya. Bukannya apa, kita tak nak pertemuan yang sering diadakan di kedai-kedai minum, food court, hotel-hotel berhawa dingin hanyalah sebagai suatu bualan kosong dan tempat untuk mengenang kembali kisah silam je (rasa macam duduk kat rumah orang tua je…) tanpa membawa hasil yang bermanafaat untuk kepentingan Sejagat.
2. 1st Reunion AJ87 semalaya. Kita perlu membincangkan bagaimana untuk menjayakan pertemuan ini yang mampu untuk mengumpulkan kesemua bekas AJ87 yang berada di setiap genap penjuru di atas muka bumi ini. Untuk itu, setiap region perlu membentuk AJK Bertindak yang mampu menyelaraskan aktiviti sesama region. Saya pasti dengan semangat MECHI yang masih menebal didada, karektor yang masih tetap seperti dahulu walaupun shape badan sahaja yang berubah, kita yakin pertemuan ini akan terjadi jua akhirnya.

Seterusnya, saya masih tertanya-tanya pada diri sendiri, apa yang telah terjadi pada rakan-rakan disebelah selatan, pantai timur, Sabah & Sarawak…. Takkan tak de yang berani untuk memulakan dan membentuk kembali AJ87 di sana? Ini bukan kat U bang nak tunggu kena suruh…. Masing-masing dah matang nak masuk angka 4 kat depan dah, sepatutnya dah boleh bergerak dengan inisiatif sendiri. Atau mungkin diorang kat sana tu dah jadi orang kenamaan kot, so tak de standard nak jumpa rakan-rakan lama yang dok masih merapu lagi ni…. Walaubagaimana pun, saya berharap pada rakan-rakan disebelah sana, sambutlah kembali ikatan silaturrahim yang telah terputus buat sekelian lamanya ini.

Sekian, terimakasih….

0 comments: