Kenangan...

Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.

Read more...

Pertemuan 2008

Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .

Read more...

Group XAJ87 Northern Region

Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...

Read more...

Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

>Reunion XAJ87 UTM 2009

Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.

Read more...

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
10/16/08

How much is your health worth?

How much is your health worth?

Interesting question... and according to an article in the Sept. 22, 2008 issue of TIME magazine (page 74) investing in healthy living now may add up to hundreds of thousands of dollars later in life.

Here are a couple of interesting points from the article:

-- "Most people save for retirement by focusing on their wealth. But you may accomplish more by focusing on your health. That's because the out-of-pocket costs for diseases that may be avoidable through diet and exercise can be staggering. Getting and staying fit now may be worth tens or even hundreds of thousands of dollars later--a sum that just might exceed the carefully crafted stockpile in your 401(k)."

-- "Obese people spend a third more than fit people on health services and three-quarters more on medications..."

-- "Not buying cigarettes alone can add up to more than US$100,000 if you stop at age 40 and invest the difference conservatively until age 65."

-- "Get moving. Exercise and diet are keys to avoiding high blood pressure and heart disease, which together have annual costs to the individual of US$606, according to Nationwide's analysis. Investing that sum for 25 years may provide more thanUS$35,000."

If you don't have a copy of TIME magazine, you can read the full article here on TIME's website.

So, how are you investing in your health??

Leia Mais…
10/15/08

ASTHMATICUS - Serangan Maut Asthma

Diambil dari : Blog Dr. Azwan

Dalam beberapa minggu yang lepas saya berkongsi satu berita sedih. Kakak seorang daripada pesakit saya meninggal dunia akibat serangan asthma beberapa hari sebelum hari raya.

Ironinya, pagi itu mereka berjumpa, berborak dan bersalam-salaman. Ketika di tempat kerja, kakaknya membuat panggilan telefon mengatakan bahawa dia tidak boleh bernafas akibat asthma. Adiknya membuat panggilan kepada suaminya untuk ke rumah kakaknya dengan segera.

15 minit selepas itu, apabila tiba di rumah kakaknya, suaminya mendapati bahawa kakaknya sudah tiada lagi.

Status Asthmaticus boleh didefinisikan ialah serangan asthma yang sangat teruk dan ubat seperti inhaler biasa tidak memberi kesan apa-apa kepada serangan ini. Oleh itu ia berbeza dengan serangan asma akut biasa yang memberi respon kepada rawatan awal.

Kejadian serangan asthma maut ini boleh berlaku kepada semua penghidap asthma terutama yang mempunyai serangan kerap dan tidak menjaga ubat-ubatan yang diambil untuk mengelak dari serangan asthma.

Gejala Status Asthmaticus ialah nafas berbunyi (wheezing), sesak untuk bernafas dan tidak boleh menghabiskan satu ayat di dalam satu nafas. Oleh kerana pernafasan menjadi kerja yang sangat berat untuk mereka, otot di leher dan di dada mula bekerja dan anda dapat melihat otot ini tegang untuk membantu pernafasan.

Bibir juga boleh menjadi biru akibat kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam darah dipanggil "cyanosis". Nadi yang pada awalnya laju kini menjadi semakin perlahan (perbezaan di antara asthma biasa dan status asthmaticus).

Sekiranya berlanjutan, pesakit tidak boleh bernafas langsung, bibir menjadi biru, malah "wheezing" sudah tidak lagi kedengaran.

"Wheezing" atau bunyi seperti seruling ketika menghembuskan nafas adalah karakter untuk asthma dan beberapa penyakit lain yang melibatkan masalah paru-paru. Ia berlaku apabila udara dipaksa melalui saluran pernafasan yang sempit dan menghasilkan bunyi tersebut.

Sekiranya tiada "wheezing" dalam serangan status asthmaticus adakah ini tandanya baik? Jawapannya tidak. Tiada wheezing bermakna saluran pernafasan telah tersumbat langsung sehingga tiada udara pun boleh melepasinya untuk menghasilkan bunyi.

Pesakit akan mengalami kekeliruan, rasa marah, semakin lemah dan akhirnya pengsan atau koma dan akhirnya membawa kepada maut.

Status asthmaticus adalah kes kecemasan. Rawatan diberi mengikut keadaan. Nebulizer dengan steroid dan bronchodilator (pembuka paru-paru) secara berterusan diberikan bersama-sama oksigen. Suntikan seperti anti histamine, steroid atau adrenaline diberikan.

Sekiranya teruk pesakit akan dimasukkan ke dalam ICU, diintubasikan dan bernafas menggunakan mesin.

Saya amat rasa sedih apabila terdapat ibu-bapa yang tidak membenarkan anak mengambil nebulizer asthma walaupun anak mengalami serangan asthma yang teruk. Mereka berpendapat bahawa sekali ambil nebulizer maka ia akan menyebabkan ketagihan dan serangan asthma akan berulang-ulang selepas itu. Sedangkan nebulizer membantu untuk mengurangkan kesusahan bernafas dan "lapar udara" yang dihidapi oleh anak-anak.

Itu adalah konsep yang salah. Asthma itu sendiri adalah penyakit yang berulang-ulang. Ia seolah-olah serupa dengan masalah gegata di kulit ketika anda memakan ketam.

Asthma adalah satu jenis alahan dan mengelakkannya dengan mengelakkan penyebab utama asthma seperti habuk, debu, sejuk, bulu kucing, dan asap adalah seperi anda tidak mengambil ketam untuk mengelakkan gegata timbul.

Kita tidak akan tahu bila serangan status asthmaticus boleh terkena kepada anda atau anak anda. Oleh itu berhati-hatilah.

Wallahu Alam.

Leia Mais…
9/10/08

Beware of Panadol

DON'T TAKE PANADOL, PANADOL ACTI- FAST OR PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems...

FYI...A real story from a friend....

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. He got to know some of the doctors quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact, they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there was an incident where an air stewardess had consumed a lot of Panadol during her menstrual periods as she had to be on her feet all the time. She's now in her early 30's, and she needs to 'wash' her kidney (DIALYSIS) every month.

As explained by the doctor, whenever we have a headache, it's because of the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this problem, they suggest that we buy 1 or 2 cans of an isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according in a ratio of 1:1 or 1:2 (put simply, it means one cup 100plus, one cup water or 2 cups water).But it is better to take a lot of Vitamin C with bioflavonoid from certified organic farms (Please remember don't take Syntactic Vitamin C)

My husband and I have tried this on several occasions, and it seems to work well.

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that will bring the blood pressure down from your throbbing head.

As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lower would be your threshold for pain (your endurance level for pain).

Most if not all of us will fall ill as we age. For most women, we would need to go through childbirth. Imagine that if we had spent our entire life popping a substantial amount of Panadol (Pain Killer) so that when you need to have open surgery or an operation, you will need a much higher dosage of general anaesthetic to numb you from surgical pain. More than the average person who seldom or rarely takes Panadol. If you have had a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anaesthetic will have no effect on you as your body has been pumped full of Panadol and your body is so used to the pain killer that you would need a much stronger pain killer like Morphine??

Value your life, THINK b4 you conveniently pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.

Leia Mais…
9/9/08

Amaran Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik



NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis yang tidak seberapa, kacang goreng, telur dan timun yang nampak menyelerakan.

Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan.

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih tersebut akan ditukarkan menjadi glukosa memandangkan karbohaidrat tidak dapat bertukkar sepenuhnya menjadi tenaga.Seterusnya glukosa akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.

Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes :

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas…Ini dikenali sebagai diabetes ‘jenis 1′ yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes ‘jenis 2′.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah pemantauan yang mudah:

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.

Contoh-contohnya termasuklah:

1. Kawal berat badan anda.
Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.

Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang ideal dan sihat.
Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.

Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.

Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.

Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus.

2. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

3. Ubah cara pemakanan anda.
Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.
Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

4. Kurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih).
Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

5.Makan lebih buah-buahan yang penuh zat dan serat seperti Epal Hijau, Mangga, Carrot, Anggur, Dragon Fruits, dan lain lain lagi

6. Suplemen-suplemen nutrisi.
Membekalkan nutrien-nutrien penting, dengan itu ia dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium.


” Semoga artikel ini dapat memberi manafa’at dan informasi berguna kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga di atas nama sumbangan ilmu. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang menyampaikannya meskipun dia sudah mati..

Harap dapat FORWARD kan artikel ini kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan ikhlas dari anda untuk mereka semua.”

Terimakasih

Leia Mais…