Masih kenalkah rakan-rakan X AJ87 UTM...
Ini salah seorang rakan kita yang berjaya saya jejaki, sekarang aktif bersama dengan YB Mohamad Taufek Abd Ghani ( ADUN Paroi). Saudara Hasan Tamby sekarang merupakan Setiausaha Sulit kepada YB Paroi.
Beliau boleh dihubungi 019-2171942
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang ke Sumbangan Pusat Khidmat DUN Paroi
Lakukan melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Petikan dari blog ADUN Paroi YB Mohamad Taufek :http://mohdtaufek.blogspot.com
Tidak dapat dinafikan, ramai pihak yang membantu operasi Pusat Khidmat DUN Paroi. Antara yang banyak membantu adalah Sdra Hasan Tamby. Beliau merupakan Setiausaha Sulit saya merangkap Pengarah bagi Majlis Tindakan DUN Paroi. Di dalam Ramadhan yang penuh berkat saya mendoakan semoga Allah merahmati beliau sekeluarga dan jua kepada sahabat-sahabat lain yang banyak berkorban demi melihat kejayaan Pusat Khidmat DUN Paroi.
Kenangan...
Gambar lama sebahagian rakan-rakan Group AJ87 UTM. Gambar ini di ambil di bangunan HEP.
Pertemuan 2008
Ketika Majlis Perjumpaan XAJ87 Central Region Di Dataran Putrajaya pada 26hb Januari 2008. Pada perjumpaan kedua ini kehadiran amat membanggakan,lebih 16 orang ex AJ87 hadir bersama dengan keluarga masing-masing .
Group XAJ87 Northern Region
Satu lagi perjumpaan bagi kawasan utara pada 9 Januari 2008 yang lalu...
Reunion XAJ87 UTM 2009
Sebahagian ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.
>Reunion XAJ87 UTM 2009
Sebahagian lagi ahli keluarga XAJ87 UTM Central Region yang hadir di Reunion 2009 di Tasik Putrajaya.
9/12/08
Saudara Hasan Tamby Banyak Membantu
7/20/08
Menjana Paip Pendapatan
Kenapa paip pendapatan?
Paip pendapatan adalah satu konsep yang telah lama wujud tetapi tiada garis pemisah yang jelas yang menyebabkan kadang-kadang kita tidak menyedarinya.
Boleh dikatakan ramai orang yang hendak menceburkan diri dalam dunia perniagaan bagi mencari pendapatan tambahan samada secara sambilan atau sepenuh masa.
Ini dapat dilihat dengan jelas di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), tinggat 2 di The Mall, Kuala Lumpur. Begitu ramai sekali orang yang hendak mulakan perniagaan. Suasana di sana terlalu sibuk malah semua kaunter penuh setiap hari. Ini satu petanda yang baik kepada ekonomi Malaysia. Sesiapa saja bebas untuk berniaga atau mencari pendapatan tambahan.
Tetapi dalam keghairahan mereka ingin berniaga atau mencari pendapatan tambahan, ramai yang tidak betul-betul faham dengan konsep paip pendapatan. Bila ramai yang tidak faham dengan konsep ini maka terjadilah banyak perkara yang sebelum ini belum dialami oleh mereka ini.
Contohnya;
1. Sibuk.
Tiada masa untuk perkara-perkara lain selain dari berniaga dan mencari pendapatan. Sehingga keluarga menjadi ’second priority’ malah masa untuk diri mereka sendiri pun tidak mencukupi.
2. Penjagaan kesihatan.
Mereka rela korbankan kesihatan untuk memajukan perniagaan atau pendapatan. Mungkin pada permulaan mereka sanggup korbankan kesihatan untuk meraih wang yang banyak tetapi lama-kelamaan mereka akan korbankan wang untuk membeli kesihatan. Ketika itu, keadaan mungkin dah terlambat.
3. Kerenah pekerja.
Seseorang yang mahir melakukan sesuatu kerja-kerja teknikal belum tentu dapat menguruskan hal-ehwal sumber manusia dengan cekap. Kalau boleh seorang majikan tidak mahu melihat apa-apa masalah yang melanda setiap pekerjanya. Selain itu sebagai majikan dia juga ada masalahnya yang tersendiri. Ini bermakna sebagai majikan, dia akan menanggung masalah peribadinya dan juga pekerjanya.
4. Masaalah aliran tunai.
Bagi sebuah perniagaan yang masih baru, banyak di antara mereka yang menghadapi masalah mengumpulkan modal untuk mendapat peluang perniagaan yang sedia ada. Disebabkan terlampau mengejar peluang tersebut, banyak di antara mereka yang terbabas dari ‘pelan business’ yang asal. "Tangkap aje mana-mana projek yang dapat."
Banyak juga yang menghadapi masalah kerana produk-produk mereka terlalu laris. Jadi kenalah ada modal untuk kembangkan perniagaan. Laris pun timbul juga masalah.
5. Kerenah orang tengah dan prosedur yang susah.
Kenapa kita perlu hadapi semua ini? Kenapa kadang-kadang terlalu banyak prosedur, syarat-syarat atau kerenah orang tengah yang cuma nak dapatkan imbuhan?
6. Berterusan.
Dan yang penting, adakah perniagaan atau pendapatan tambahan mereka itu akan dapat terus berjalan dengan lancar jika meraka tiada di situ, sakit, tidak upaya atau mengahadapi sebarang masalah.
Bolehkah?
Jadi, secara ringkasnya, membina paip pendapatan sebenarnya adalah satu konsep ‘residual’ yang mana pendapatan yang diperolehi akan berterusan mengalir masuk ke poket kita atau berkembang tidak kira samada kita ada di situ atau tidak, sakit, tidak upaya atau seumpamanya malah boleh diwarisi kepada keturunan kita.
Kita mungkin tidak selama-lamanya sihat, mempunyai cukup masa, atau punya modal yang lebih. Oleh itu membina paip pendapatan mampu bekerja untuk kita selepas suatu tahap dan bukanlah kita yang perlu bekerja untuk perniagaan selamanya. Kalau tidak percaya, lihat-lihatlah di sekeliling anda.
Perniagaan yang kalau satu hari tak dibuka, bermakna tiadalah income untuk hari tersebut.
Bengkak Prostat Ancam Lelaki
PENUAAN bermaksud kualiti kesihatan yang merosot. Satu daripadanya adalah masalah kelenjar prostat yang membengkak dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH).
Walaupun sebab khusus BPH tidak diketahui tetapi ia kerap dikaitkan dengan faktor penuaan.
Sememangnya ia masalah biasa lelaki, terutama berusia 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, BPH bukan masalah yang tidak boleh dikawal.
Pengerusi Jabatan Urologi, Pusat Perubatan Universiti Texas Southwestern, Prof Claus G Roehrborn, berkata ketidakselesaan dan keresahan yang dialami pesakit BPH ada kalanya kurang difahami orang kelilingnya.
“Mengalami BPH sangat memberi tekanan dan sepatutnya tidak dipandang ringan. Bayangkan, apabila anda terpaksa kerap berulang alik ke bilik air dan bangun malam hanya untuk membuang air kecil,” katanya.
Roehrborn berkata, jika tidak dirawat BPH memberi komplikasi pada masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi mengembalikan kualiti hidup.
Prostat sebenarnya bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat. Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani.
Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing.
Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.
Ketua Jabatan Urologi, Hospital Selayang, Dr Rohan Malek, berkata kes BPH di Malaysia semakin meningkat berpandukan kajian BPH di negara jiran.
“Umumnya, komplikasi BPH agak rendah tetapi mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana simptom BPH memang membimbangkan,” katanya.
Punca
Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam ratio hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan itu menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone.
Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.
Komplikasi BPH
Rawatan
Selain itu anda juga boleh mengambil Supplement permakanan tambahan seperti "Saw Palmetto and Nettle Root" dengan mendapat nasihat daripada Doktor anda terlebih dahulu.
- Aliran urin yang lemah
- Susah untuk membuang air kecil
- Kencing yang tersekat-sekat
- Kerap membuang air kecil
- Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
- Terasa terdesak untuk kencing
- Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
- Darah dalam air kencing
- Masalah jangkitan pundi kencing
Ikhsan: Berita Minggu 20hb July 2008 Leia Mais…
6/17/08
TANDA-TANDA AWAL KANSER
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1 . SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.
2 . Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3 . "Bah Kut Teh" ( DAGING BABI )
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana .
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore "
4 . Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . B ahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah :- Palmolive, Paul Mitchell , L'Oreal , Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5 . makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak .
Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan .
Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond, Licence to kill
6 . Bawang Goreng segera
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.
5/20/08
Perjumpaan Pertama AJK Majlis Reunion X AJ87 Tahun 2008
Berikut adalah tarikh, tempat dan waktu Perjumpaan Pertama AJK Majlis Reunion X AJ87
Date : 24th May 2008
Time : 2:30 pm ~
Venue : Food Court , Alamanda, Putrajaya
Sekiranya ada pertanyaan atau kemuskilan sila telefon En Shamsul
Terima Kasih
p/s : En Shamsul Maarof tidak dapat hadir kerena ada urusan pekerjaan
4/11/08
Sufiah Yusof Family - The Official Family Blog
Most of the news in the mainstream press regarding the Yusof family and Sufiah’s childhood is inaccurate, because the editors tend to filter everything we say even when we do agree to do interviews.
If you’d like to know what’s really happening, though, this site is the place to go www.hyusof.com ; this blog will be update it as often as possible so that everyone stays informed. Please spread the word about hyusof.com whenever Sufiah or the family are under discussion online or elsewhere, because it’s good if people know the real facts!
The easiest way to stay up to date with all the latest news is through our newsletter. It’ll include all the news updates posted here, and occasionally Halimahton will write a little about her easy-to-use teaching methods.
3/26/08
Autism
What is Autism?
Autism is a brain disorder that often makes it hard to communicate with and relate to others. With autism, the different areas of the brain fail to work together.Most people with autism will always have some trouble relating to others. But early diagnosis and treatment have helped more and more people with autism to live independently as adults.
1 out 0f 150 American children diagnosed with Autism.
What people don't know is that Autism is treatable !!!
Read more about it at Your Health Website
If you want to know details about it , please contact : Norjo Leia Mais…
1/22/08
Kerjasama diperlukan
Daripada : Rozaimi (email:dkj_rozaimi@yahoo.com.my)
Kepada sesiapa yang ada homestay kat pulau pinang bolehlah offer kat kita
pensyarah UTM kerana setiap minggu ada saja pensyarah yg pi sana
kerana ada kelas SPACE kat PSDC. setakat ni kami nginap kat vistana
dan sri malaysia
10/3/07
Malam-malam terakhir Ramadan
Tazkirah Ramadan daripada Ustaz Zainuddin Hashim (ikhsan Harakahdaily.net)
Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya).
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam
Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya.
Mereka dengan sendirinya boleh terjaga dari tidur walaupun tidak mengunci jam loceng untuk bangun, tetapi masa untuk Allah agak liat dan sukar untuk dilakukan, sehingga mereka menzalimi diri kerana tidak sanggup melakukan ibadat walaupun hanya dua rakaat.
Justeru, Islam melihat waktu malam adalah penting, kerana peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku pada waktu malam seperti turunnya al-Quran pada malam al-Qadr, penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah waktu malam, Israk Mikraj juga berlaku pada waktu malam, Qiyamullail waktu malam ia tidak berlaku pada waktu siang, kerana ia masa yang amat sesuai untuk mengadu nasib kepada Allah setelah penat bekerja pada siang hari.
Sesungguhnya Allah SWT memuji hamba-hambaNya yang sanggup bangun waktu malam semata-mata untuk beribadat, bermunajat kepada-Nya dan menjadikan waktu malam bagi menempah tempat di dalam Syurga-Nya, perkara ini disebut oleh Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, kerana melakukan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa tahut dan penuh pengharapan."
Firman Allah lagi dalam ayat 17-18 menerusi surah az-Zariyat: "Mereka (orang-orang yang bertakwa) sedikit sekali tidur di waktu malam - Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
Malam al-Qadr di sepuluh malam terakhir Ramadan
Jelas dari apa yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam dua hadis di atas, membayangkan kepada kita tentang kesungguhan baginda untuk bangun malam beribadat dan bermunajat kepada Allah, sedangkan dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang diampunkan Allah SWT.
Bukan sahaja baginda melakukannya secara bersendirian, malah memastikan agar isteri dan ahli keluarganya juga tidak membiarkan waktu malam berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti kerohanian sebagai jalan untuk menempah tempat dalam syurga.
Apatah lagi pada malam-malam terakhir Ramadan yang terdapat padanya malam al-Qadr.
Allah SWT sebut dalam al-Quran, bahawa malam al-Qadr adalah lebih baik dari 1000 bulan, iaitu kira-kira 83 tahun empat bulan, ini bermakna jika seseorang itu menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan solat fardu berjamaah, tarawih, membaca al-Quran, Qiyamullail menepati malam al-Qadr, maka dia akan meraih pahala sebanyak 83 tahun empat bulan, sedangkan umurnya mungkin baru mencecah 63 tahun, seolah-olah pahalanya tahun ini melebihi dua puluh tahun daripada umurnya, inilah yang dikatakan rahmat dan bonus setahun beribadat.
Kerana pada malam al-Qadr juga para malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, tugas nalaikat pula ada yang mencatat segala amalan yang tidak akan dikurangkan atau ditambah dengan sewenang-wenangnya.
Tetapi mengapakah masih ramai lagi di kalangan umat Islam dalam negara kita tidak bersungguh untuk merebut peluang keemasan ini yang hanya dating setahun sekali?
Menurut para ulama, antara sebab mengapa mereka tidak mengisi malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dengan amalan yang bermanfaat, kerana tidak memiliki iman yang kental, kurang membaca al-Quran, tidak berkawan dengan orang-orang yang bertakwa, orang-orang soleh, tidak istiqamah dalam mengamalkan amalan-amalan Islam, tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ajaran Islam sebenar.
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail
Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. - mks.
9/22/07
Pemergian Nurin ditangisi.....

Pilu, marah dan geram mengiringi pemergian Nurin Jazlin, yang mayatnya dituntut keluarga selepas mereka menerima hakikat sekujur tubuh budak perempuan yang ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya Isnin lalu, adalah anak mereka.
Suasana pilu dan syahdu yang menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam(21hb September 2007) apabila bapanya, Jazimin Abd Jalil, 33, akhirnya mengalah kepada suratan takdir bahawa itulah 'Kak Ngah'@ Nurin Jazlin, anak kesayangan yang kepulangannya dinanti-nantikan mereka sekeluarga sejak sebulan lalu.
Rasa marah dan geram turut terdetik di hati setiap orang yang mengikuti kes ini kerana perbuatan manusia berhati binatang terhadap kanak-kanak tidak berdosa itu.
Bagi ibunya Puan Norazian Bistaman, 35, tiada perkataan yang mampu diucapkan selain kucupan kerinduan dan linangan air mata ketika melihat jenazah anak keduanya dikafankan, didukung dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat.
Sebelum itu, Jazimin yang sebelum ini berkeras mayat yang ditemui itu bukan anaknya terbuka hati dan menuntut jenazah Nurin Jazlin di bilik mayat HKL, diiringi tangisan ahli keluarga, kakitangan hospital dan orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan.
Jenazah Allahyarham, siap dimandi dan dikafan kemudian dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL ke Madrasah Assa'Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, di mana semua ahli keluarga lain menunggu kepulangan puteri mereka yang tidak lagi bernyawa.
Norazian yang tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak, terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk mendekati jenazah anaknya dan terus mengucup dahinya buat kali terakhir.
Perasaan sedih turut menyelubungi kira-kira 500 orang yang sejak awal membanjiri kawasan madrasah itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Nurin Jazlin sebelum jenazahnya disembahyangkan.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, diiringi ratusan kenalan, keluarga dan orang ramai yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu.
Jazimin yang ditemui sejurus selepas pengebumian selesai berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah yang menguji keluarganya dengan ujian berat pada bulan Ramadan ini.
"Apabila melihat jenazahnya selepas dimandi dan dikafankan, saya sedar itu anak saya. Ada banyak perbezaan berbanding sebelum ini (kelmarin) ketika saya dipanggil membuat pengecaman oleh polis. Saya terima hakikat pemergiannya walaupun hati saya hiba dan sedih. Tuhan lebih sayangkannya," katanya.
Penerimaan Jazimin dan keluarga ke atas keputusan DNA mengenai siapa kanak-kanak yang ditemui bogel, kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun serta kakinya dilipat sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg itu, juga mengakhiri pencarian Nurin Nazrin, yang hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada 20 Ogos lalu.
Bapa saudara Nurin Jazlin, Johari Abd Jalil, berkata Jazimin akur dengan keputusan ujian DNA selepas berbincang dengan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, malam kelmarin.
"Wajah Nurin Jazlin mula terserlah selepas dimandi dan dikafankan menyebabkan semua ahli keluarga menerima kenyataan bahawa kanak-kanak itu adalah Nurin. Kami hanya dapat menitiskan air mata untuknya.
Walaupun terdapat banyak kesan lebam di muka dan badan akibat diseksa tetapi wajahnya sangat tenang," katanya.
Datuknya, Abdul Jalil Yahya, 74, pula berkata, beliau yang rapat dengan Nurin Jazlin pasti mayat berkenaan adalah cucunya.
"Walaupun tadi (semalam) adalah kali pertama saya melihat mayat itu, saya yakin dia adalah Nurin berdasarkan bentuk dan iras wajahnya. Saya sangat sedih melihat kecederaan pada muka Nurin. Saya melihat jenazah Nurin sekejap saja kerana tidak sampai hati melihat keadaannya," katanya.
Sama-sama kita bacakan Al-Fatihah bagi dirinya, semoga rohnya di cucuri rahmat dan penjenayah kejam tertangkap dan dihukum.
9/20/07
Khabar gembira bagi yang berpuasa
Oleh: ABD. AL-RAZZAQ A. MUTHALIB AHMADA
Firman Allah: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui. (al-Baqarah:184).
Sesungguhnya ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ia merupakan satu peluang yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di negeri akhirat.
Sepatutnya, seorang hamba yang tulus imannya dan setia ketaatannya tidak perlu lagi bertanya apakah hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah ini. Namun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah lekang daripada memberi galakan dan motivasi untuk umatnya supaya membuktikan keimanan ini dengan menjalankan perintah Allah s.w.t. dengan penuh sempurna dan mengharapkan balasan yang dijanjikan.
Justeru, Baginda memberi khabar gembira untuk mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang yang berpuasa dengan perkhabaran ini:
* Puasa sebagai perisai.
Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w menganjurkan kepada mereka yang amat berkeinginan berkahwin, tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi saw yang bermaksud: Wahai para pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya. (riwayat al-Bukhari & Muslim).
Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat dan perzinaan yang diharamkan. Ibadat puasa adalah latihan rohani bagi mengekang pengaruh syaitan dan nafsu syahwat yang sering mengajak ke arah dosa dan maksiat.
Ibn Hajar al-Asqalani ketika mengulas hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata: “Pada prinsipnya, apa yang dituntut daripada amalan puasa itu adalah memecahkan syahwat.”
Dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa puasa ini menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan. (riwayat Al-Bukhari & Muslim).
* Puasa dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga.
Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan seseorang itu daripada api neraka, maka ianya akan mendekatnya pula dengan syurga. Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya?” Nabi saw menjawab: Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya. (riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim, dan sanadnya adalah sahih)
* Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.
* Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.
* Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Ketiga-tiga kelebihan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah ra berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Allah s.w.t telah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (riwayat al-Bukhari & Muslim).
Di dalam hadis qudsi ini, Allah menyatakan bahawa puasa mempunyai ganjaran yang sangat berganda banyaknya berbanding dengan amalan-amalan lain. Jika amalan yang lain dijanjikan ganjaran pahala sehingga tujuh ratus pahala dan lebih, tetapi bagi puasa ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak dinyatakan kadar pahalanya. Maka Allah s.w.t. akan menambahkan pahala mengikut kehendak-Nya sehingga mungkin tidak dapat dihitung oleh manusia.
Bagi orang yang berpuasa juga akan menikmati dan mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari suntuk seseorang itu menahan diri dari lapar dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari. Dia dapat menikmati segala juadah bagi menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah kegembiraan di dunia.
Ada pun kegembiraan yang lebih besar dan utama adalah tatkala dia bertemu dengan Tuhannya di akhirat kelak. Detik itu, dia akan dapat melihat dan mengecapi segala ganjaran besar yang telah disediakan untuknya sebagai balasan kepada ketaatan yang telah ditunjukkan.
Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat. Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan yang telah dijanjikan.
* Al-Rayyan untuk orang yang berpuasa
Al-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (riwayat al-Bukhari & Muslim).
Justeru, marilah bersama-sama kita pertingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini benar-benar dapat dicapai dan dihayati.
Janganlah sesekali kita alpa dan lalai untuk bergantung harap kepada reda dan ganjaran istimewa yang dijanjikan untuk mereka yang berpuasa. Wahai orang yang berpuasa, bergembiralah dengan khabar gembira ini.
9/18/07
6 Perkara Allah Sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail As dengan bentuk yang cantik, Dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu di antara
Timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
Daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri berserta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah Dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam Dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari Solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas PerintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail As dengan mengembangkan sayapnya Dan Terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih, lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
Sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
Dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
Imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di
Dalam Semua Hari.
Semoga Kita mendapat berkat daripada Ilmu ini.
Wallahualam
9/15/07
Selamat Berpuasa
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan.
(Gunakan ruangan comment di bawah untuk Sampaikan Salam Ramadhan kepada rakan-rakan)
Leia Mais…